,
Artis Korea

#OhDaebak: Taxi Driver Dah Habis, Penthouse 3 Ada Teori Kata Shim Suryeon Hamil, Ye Ke?

Mya Amri
30/05/2021
14:45 MYT
Drama Korea Taxi Driver sudah pun melabuhkan tirainya sebentar dengan meninggalkan kualiti cerita yang begitu menakjubkan.
Namun belum sempat peminat K-drama berehat, minggu hadapan muncul pula drama hit yang sememangnya dinanti-nantikan iaitu Penthouse musim ketiga!
Walaupun masih belum ditayangkan, ketika ini Penthouse 3 masih lagi menjadi topik hangat di media sosial.
Tup-tup timbul pula teori baharu yang diketengahkan oleh netizen di mana mereka membuat spekulasi bahawa Shim Suryeon kini hamil anak Logan Lee.
Teori bermula apabila tular foto yang merakamkan lokasi penggambaran Penthouse 3 di sebuah hospital. Hmm dasyatkan penangan drama ni? Belum apa-apa dah ada teori.
Selain itu pihak SBS juga turut mendedahkan beberapa sneak peak Penthouse 3 menerusi akaun Instagram rasmi mereka.
Foto-foto itu juga sudah cukup membuatkan pengikut setia Penthouse berasa resah menunggu tayangan minggu hadapan.
#OhDaebak sendiri tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku dalam Penthouse 3 memandangkan begitu banyak plot twist yang berlaku sepanjang dua musim bersiaran.
Sama-sama kita nantikan minggu hadapan.
Oh korang jangan lupa pula saksikan Penthouse 1 dan Penthouse 2, setiap Selasa hingga Jumaat bermula jam 6.55 petang tau di ONE (saluran 393).
Penthouse 3 pula akan memulakan tayangan premier pada 5 Jun, jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393)
Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.
Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ #OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Artis Korea

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

gempak
21/09/2023
08:27 MYT
Atuk famous K-Drama dah tiada...
Artis Korea

Babak Buli Yang Buat Rasa Ngilu Dalam The Glory Rupanya Berdasarkan Peristiwa Sebenar!

gempak
06/01/2023
15:01 MYT
Sakit hati tengok part buli tu!
Artis Korea

#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

gempak
11/12/2022
16:00 MYT
Patutlah ramai yang suka Song Joong Ki ni, sangat humble orangnya.
Artis Korea

Memang Power! Reborn Rich Kini Siri Mini Paling Banyak Ditonton Tahun 2022, Tinggalkan Extraordinary Attorney Woo

gempak
07/12/2022
12:30 MYT
Love Reborn Rich.