,
Artis Korea

#OhDaebak: Kenali Gwi Nam, Zombi Viral Susah Nak Mati Dalam All Of Us Are Dead, Macam Model Rupanya

Mya Amri
06/02/2022
12:22 MYT
Baru sembilan hari ditayangkan namun drama Korea siri terbaharu Netflix, All Of Us Are Dead kini menjadi fenomena.
Tidak hanya poster, jalan cerita dan lakonan malah para pelakonnya juga turut menjadi bualan hangat netizen di seluruh dunia! Hebat kan?
Walaupun pelakon-pelakonnya kurang dikenali namun pengarah All Of Us Are Dead, Lee Jae Gyu mempunyai sebab tersendiri.
BACA: Pengarah Jelas Sebab Ambil Pelakon Kurang Terkenal Tapi All Of Us Are Dead Tetap Jadi Fenomena
#OhDaebak pasti dalam banyak-banyak karakter ni pasti ada satu watak buat penonton sakit hati sangat sampai ada yang rasa nak baling kerusi lah gamaknya.
Watak tersebut tak lain dan tak bukan adalah Yoon Gwi Nam lakonan Yoo In Soo, sampai menjadi viral tau guys!
Melakonkan watak sebagai seorang pembuli di Hyosan High School, Gwi Nam menjadi tular kerana keberkesanan lakonannya dan juga gelaran ‘zombi liat nak mati’.
BACA: #OhDaebak: All Of Us Are Dead, Karakter Ini Paling Dibenci! Na Yeon Layak Makan Penampar, Gwi Nam Memang Syaitan!
Gelaran tersebut diberikan kerana wataknya dikatakan ‘kebal’ walaupun dua tiga kali ditikam, mahu pun jatuh bangunan, tetap hidup kembali.
Mungkin masih ada yang kurang mengenali keperibadian Yoo In Soo ni kan? Jadi #OhDaebak nak kongsikan serba sedikit mengenai pelakon hebat ini.
1. Yoo In Soo dilahirkan pada 25 Mac 1998. Muda lagi ni guys!
2. Memulakan karier lakonan pada tahun 2017 dan berjaya membintangi sebanyak lima drama semasa tahun debutnya. Lima drama tersebut adalah Strong Woman Do Bong Soon, While You Were Sleeping, School 2017, Avenger Social Club dan Sweet Revenge. Wow baru muncul terus sapu lima K-Drama!
3. Rezeki berpihak pada In Soo untuk tahun seterusnya kerana dia kemudiannya membintangi drama My ID Is Gangnam Beauty, Moment Of 18, Love Alarm dan At A Distance, Spring Is Green. Memang mantap lakonan In Soo ni.
4. Kalau nak tahu, pengarah All Of Us Are Dead iaitu Lee Jae Gyu juga memuji lakonan In Soo ya. Katanya facial expression In Soo memang power kalau berlakon.
5. Mempunyai sahabat baik dalam kalangan selebriti antaranya Lee Jae Wook, NU’EST Minhyuk dan juga pelakon All Of Us Are Dead, Yoon Chan Young (Lee Cheon San).
6. Kalau nak tahu In Soo juga sangat berminat dengan dunia modeling dan fesyen. Dia juga pernah menghadiri Seoul Fashion Week yang berlangsung di Dongdaemun Design Plaza (DDP).
7. Mempunyai akaun Instagram sendiri. Ha selalu nampak jadi zombi je kan, dekat Instagram tu boleh tahan kacak ya In Soo ni sebenarnya.
Saksikan All of Us Are Dead secara eksklusif di Netflix tau!
Banyak-banyak bersabar okay bila tengon drama ni hehe.
Sinopsis:
All of Us Are Dead mengisahkan tentang situasi ekstrim yang berlaku apabila sebuah sekolah menengah dijangkiti virus zombi dan mereka yang berada di luar cuba menyelamatkan pelajar yang terperangkap di sekolah.
Drama ini memperlihatkan kekuatan jiwa mereka yang berjuang untuk hidup sehingga akhir hayat dengan ruang yang terhad.
Selain itu, drama ini juga menunjukkan sifat dan sikap manusia yang tersembunyi muncul apabila mereka dipaksa untuk melakukan sesuatu dalam situasi yang mengerikan.
Berdasarkan webtoon popular dengan judul yang sama, drama adaptasi ini diarahkan oleh Lee Jae Gyu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ #OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dilabel ‘Penyangak' Gara-Gara Berimej Rambut Panjang, Fadlan Hazim: “Saya Tak Terasa Sebab…”

gempak
08/08/2024
01:55 MYT
Aktor Fadlan Hazim berkongsi isterinya iaitu Aiya Mukhamedsalova teruja dengan imej terbaharunya kini yang berambut pendek.
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Hiburan

Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”

gempak
01/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Zahiril Adzim mendapat kecaman teruk daripada netizen selepas melakonkan watak antagonis bernama Dr Omar.
Drama

Drama Takdir Itu Milik Aku Makin Banyak 'Emotional Rollercoaster', Watak Antagonis Buat Netizen Sakit Hati - "Geramnya Tengok Cerita Ni!"

gempak
20/03/2024
05:55 MYT
Geram je tengok watak-watak antagonis dalam drama ni!
Hiburan

Berwajah Jahat, Izuan Razali Pasrah Kerap Ditawar Watak Antagonis - "Penonton Benci Maksudnya Menjadi"

gempak
10/01/2024
13:50 MYT
Gara-gara wajahnya nampak ‘jahat’ dan ganas, pelakon Izuan Razali sering ditawarkan watak antagonis sepanjang terbabit dalam bidang lakonan.