,
Artis Korea

Muncul Dengan Lagu Baru, Pentagon Akui Kekok Comeback Tanpa Jinho Dan Hui

Mya Amri
25/03/2021
14:25 MYT
Kumpulan K-Pop Pentagon kini kembali dengan mini album ke-11 berjudul Love Or Take dengan lagu Do or Not.
Bagaimanapun Jinho dan Hui tidak dapat hadir ke sidang media perlancaran mini album mereka yang diadakan baru-baru ini kerana menjalani latihan khidmat tentera.
Disebabkan tugas wajib itu juga, anggota Pentagon, Hongseok, Shinwon, Yeo One, Yan An, Yuto, Kino, dan Wooseok berkongsi pendapat mereka mengenai promosi yang berlangsung tanpa dua ahli lain.
“Secara jujurnya, masih terasa janggal apabila kekurangan dua ahli. Saya masih lagi cuba membiasakan diri dengan keadaan itu. Saya akan cuba membuatkan diri saya selesa sepangan promosi ini,” kata Wooseok.
“Oleh kerana ketiadaan ahli dan juga ketua kumpulan pada masa ini, kami merasakan keperluan untuk mempunyai pemikiran yang berbeza bagi promosi kali ini.
“Selain itu kami juga akan sentiasa mengingatkan diri kami bahawa tidak semua orang yang ingin menjadi sebahagian daripada promosi ini akan dapat mengambil bahagian, jadi kami akan berusaha lebih gigih tolong antara satu sama lain,” tambah Shinwon.
Wooseok dan Shinwon berkata demikian dalam sidang media mini album ke-11 Pentagon berjudul Love Or Take yang diadakan baru-baru ini.
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
Saksikan muzik video terbaharu Pentagon, Do or Not di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Lama Tak Muncul TV & Tak Rancang Buat ‘Comeback’, Nia Ramadhani Teringin Nak Datang Malaysia

gempak
02/08/2024
00:55 MYT
Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani memaklumkan bahawa tidak mempunyai perancangan untuk kembali berlakon kerana sibuk menguruskan keluarga.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Peminat Mahu Wonder Girls Kembali Bersatu, Buat ‘Comeback’ - “Rindu… Semua Pandai Tulis Lagu”

gempak
17/07/2024
12:55 MYT
Namun tidak semua kumpulan mampu bertahan atau mengekalkan populariti seperti kumpulan ikonik, Wonder Girls.