,
Artis Korea

Lisa Blackpink Sudah Berlatih Jadi Artis Sejak Usia 5 Tahun

Maliah Surip
18/07/2022
14:50 MYT
Salah seorang anggota kumpulan wanita paling berpengaruh di dunia, Blackpink, Lisa muncul dalam majalah fesyen Marie Claire edisi Korea untuk keluaran 15 Julai 2022.
Dalam sesi pemotretan yang menyaksikan Lisa menggayakan barangan dari jenama mewah Celine, dia juga berkongsi mengenai masa kecilnya.
Dalam temubual tersebut, Lisa, 25, mengaku sudah mula meminati bidang seni sejak kecil. Dia yang lahir di Thailand malah mengatakan sangat mencintai nyanyian dan tarian.
Lisa kemudian mendedahkan, ibunya adalah individu yang bertanggungjawab mengesan bakatnya.
Jadi dia mengatakan telah dihantar ke kelas tarian sejak usia lima tahun oleh ibunya sebagai usaha dirinya mencapai impian menjadi seorang bintang.
Sementara itu, dalam temubual bersama Rollingstone pada Mei lalu, pemilik nama sebenar Lalisa Manobal ini memberitahu kehidupannya berubah drastik sewaktu dia berusia 14 tahun.
Dia masih ingat telah menghadiri ujibakat untuk YG Entertainment di Thailand pada tahun 2010.
Ujibakat tersebut telah membuatkan dirinya lolos dari empat ribu peserta untuk menyertai syarikat gergasi itu sebelum berpindah ke Korea Selatan seorang diri.
Lisa kemudian digabungkan bersama anggota Blackpink yang lainnya dan mengaku sangat menghargai serta menyayangi kumpulan yang telah membuat dirinya cukup mendunia itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Berita

Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

gempak
05/09/2024
15:55 MYT
Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.