,
Artis Korea

Lee Min Ho Laku Keras, Kini Jadi Abang Pizza Pula

Mya Amri
28/04/2020
14:30 MYT
Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho kini menjadi rebutan selepas membintangi drama terbaru berjudul The King: Eternal Monarch.
Kredibilitinya sebagai antara pelakon hebat dinegara itu membuatkan syarikat makanan terkenal, Dominos Pizza di Korea telah melantik Min Ho sebagai jurucakap terbaharu mereka.
Jenama popular itu memilih Min Ho kerana bersesuaian dengan tema Dominos Pizza yang hanya menggunakan barangan berkualiti tinggi untuk produk makanan mereka.
Dengan pemilihan Min Ho sebagai duta, Dominos Pizza juga memperluaskan terget mereka dengan menyasarkan pelanggan berusia 20 hingga 30-an.
Sebaik sahaja berita itu dihebahkan, rata-rata peminat Min Ho mengucapkan tahniah kepada pelakon kesayangan mereka. Terdahulu, selepas tiga tahun akhirnya Min Ho kembali dengan drama terbaharu berjudul The King: Eternal Monarch.
Sebelum ini, Min Ho telah menjalani latihan khidmat ketenteraannya sejak 12 Mei 2017 di Suseo Social Welfare Center bertempat di Daerah Gangnam sebagai Pegawai Khidmat Masyarakat.
Min Ho kemudiannya menjalani latihan di Pusat Latihan Tentera Korea yang terletak di Selatan Nonsan, Wilayah Chungcheong pada 15 Mac 2018.
Pelakon kacak ini kemudiannya telah menamatkan latihan khidmat ketenteraannya pada 25 April 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.