,
Artis Korea

Kongsi Gambar Rambut Pendek, Jin BTS Dah Ready Nak Sertai Perkhidmatan Wajib Ketenteraan!

Izwan Isa
12/12/2022
13:50 MYT
Semalam, anggota kumpulan BTS, Kim Seok Jin, atau lebih dikenali sebagai Jin berkongsi sekeping gambar dengan gaya rambut pendek di platform Weverse.
Perkongsian tersebut menandakan yang Jin sudah bersedia untuk menyertai perkhidmataan wajib ketenteraan yang dijadualkan bakal bermula pada esok, 13 Disember 2023.
Menerusi ruangan kapsyen pada platform berkenaan, Jin menulis: “Lebih comel berbanding apa yang saya sangka.”
Terdahulu, laporan media menyebut Jin bakal melapor diri sebagai askar di sebuah pusat latihan baharu di Yeoncheon, Gyeonggido.
Namun, agency BTS, BIGHIT Music menerusi satu kenyataan menjelaskan yang mereka tidak dapat mengesahkan laporan berkenaan dan berharap agar peminat memahami situasi mereka buat masa ini.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan media terkini, BIGHIT sekali lagi menegaskan yang tiada acara rasmi berasingan sebelum Jin mendaftar masuk ke pusat latihan.
“Pada hari itu, pusat latihan dijangka sangat sesak dengan mereka yang mendaftar masuk, ahli keluarga, dan peminat. Kami memohon agar pihak media untuk mengelak daripada menghadiri pusat latihan tersebut.
“Bagi mengelakkan kemalangan keselamatan yang disebabkan oleh kesesakan di tapak, Jin akan memasuki pekarangan pusat latihan dengan kenderaan tanpa bertemu media atau peminat secara berasingan. Kami meminta pemahaman anda bahawa tiada ruang menunggu yang berasingan untuk wartawan.
“Kami sentiasa akan berusaha dan memberikan sokongan berterusan sehingga hari Jin memenuhi tugas perkhidmatan tenteranya dan kembali dalam keadaan sihat,” ujar kenyataan tersebut.
Jin dijangka menamatkan latihan ketenteraan pada Jun 2024.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Viral

Cium Jin BTS Di Khalayak Ramai, Peminat Berdepan Dakwaan Gangguan Seksual

gempak
15/06/2024
08:55 MYT
Tindakan segelintir peminat wanita yang gagal mengawal diri saat bertemu idolanya, Jin BTS ternyata mengundang padah.
Hiburan

Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

gempak
08/06/2024
14:43 MYT
Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.
Artis Korea

BTS Jadi Kumpulan Lelaki Paling Banyak Dicari Di Google 2023

gempak
13/12/2023
14:55 MYT
Power BTS!