,
Artis Korea

Jun Ji Hyun Jadi Ranger Penuh Misteri Dalam Jirisan, Tengok Poster Pun Dah Tak Sabar

Mya Amri
10/10/2021
05:45 MYT
Pelakon terkenal Korea, Jun Ji Hyun kini kembali dengan drama terbaharu berjudul Jirisan.
Melihat pada posternya sahaja pun sudah cukup membuatkan peminat drama Korea sudah tidak sabar menunggu tayangannya.
Penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif atas talian, iQIYI juga telah menlancarkan poster Jirisan baru-baru ini.
Poster tersebut menunjukkan Ji Hyun memakai jaket pemadam kebakaran dengan topeng pernafasan disangkutkan di bahagian telinga serta ekspresi wajahnya yang cemas membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai Jirisan.
Ditambah pula dengan tagline berbunyi, “seseorang telah memberikan syarat dari puncak gunung itu” juga boleh dikatakan sebagai satu gambaran kepada penonton bahawa ada misteri bakal berlaku.
Tidak cukup dengan itu, poster yang menunjukkan ekspesi wajah Ji Hyun itu juga dilengkapi dengan slogan “saya yakin orang itu masih hidup” seolah-olah memberi teka-teki apakah yang terjadi kepada mangsa-mangsa tersebut.
Untuk mengetahui apakah yang berlaku, saksikan Jirisan bermula 23 Oktober depan di tvN (saluran 395), setiap Ahad dan Isnin bermula jam 9:15 malam.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Jirisan juga boleh ditonton menerusi aplikasi iQIYI.com.
Jirisan merupakan drama misteri tentang Ranjer hebat di Taman Nasional Gunung Jiri, Seo Yi Kang (Jun Ji Hyun) bersama rakannya Kang Hyun Jo (Joo Ji Hoon) yang mempunyai rahsia tidak terungkap.
Namun kedua-duanya mula mencari kebenaran selepas mengikuti insiden demi insiden termasuklah kemalangan misteri yang berlaku di gunung itu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Artis Korea

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

gempak
21/09/2023
08:27 MYT
Atuk famous K-Drama dah tiada...
Laman Utama

Aktres Jun Ji Hyun Diumum Pemilik Apartment Termahal Di Seoul 2022, Siap Beli Tunai!

gempak
10/05/2023
12:46 MYT
Jun Ji Hyun telah menjadi pemilik kediaman termahal yang pernah dijual pada tahun lalu.
Artis Korea

Babak Buli Yang Buat Rasa Ngilu Dalam The Glory Rupanya Berdasarkan Peristiwa Sebenar!

gempak
06/01/2023
15:01 MYT
Sakit hati tengok part buli tu!
Artis Korea

#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

gempak
11/12/2022
16:00 MYT
Patutlah ramai yang suka Song Joong Ki ni, sangat humble orangnya.