,
Artis Korea

EXO Suho Akhirnya Dedah Bakal Jalani Khidmat Tentera Tidak Lama Lagi

Mya Amri
04/05/2020
12:53 MYT
Mengejutkan, itulah perasaan peminat kumpulan K-Pop terkenal EXO apabila Suho mendedahkan bakal menjalani Latihan Khidmat Tentera tidak lama lagi.
Pengumuman itu dilakukan oleh Suho menerusi laman sesawang rasmi kelab peminat EXO hari hari ini.
Suho menerusi tulisan tangannya menyatakan bakal menjalani ketenteraan bermula 14 Mei depan. “Hello ini adalah Suho, saya ada sesuatu yang ingin dikhabarkan kepada anda semua hari ini jadi sebab itu saya menulis posting ini.
“Tidak lama lagi, pada 14 Mei saya akan menjalankan kewajiban saya kepada negara dengan menyertai Latihan Khidmat Tentera.
“Setibanya hari tersebut, pastinya saya akan merindui EXO- L (fandom). Saya harap anda semua yang menyayangi saya sentiasa berada dalam keadaan sihat. “Saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh anda kepada saya. Saya sayang anda semua,” tulisnya.
Terdahulu, Suho yang juga merupakan ketua kumpulan EXO adalah anggota ketiga yang menyertaan ketenteraan selepas Xiumin dan D.O.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.