,
Artis Korea

Diancam Bom, 30 Orang Pengsan, Konsert NCT 127 Di Indonesia Dihentikan

Maliah Surip
05/11/2022
04:55 MYT
Lagi laporan mengenai penonton di acara konsert atau festival yang kurang mengenakkan.
Kali ini 30 orang penonton yang hadir untuk bergembira di konsert NCT 127 yang berlangsung di ICE BSD Serpong, Tangerang Selatan, Jakarta, Indonesia, pengsan sehingga terpaksa diberhentikan pada pertengahan acara, lapor CNNIndonesia.
Penonton yang ramai mula bersesak dan menolak antara satu sama lain demi apabila NCT 127 memberikan gimik melempar bola kepada peminat saat mendendangkan lagu Paradise.
Hal itu menyebabkan peminat tegar yang juga dikenali sebagai NCTzen yang hadir tidak dapat menahan diri untuk berebut mendapatkan bola lalu mula terjadi insiden tolak menolak sehingga 30 orang didapati pengsan.
Tidak mahu mengambil risiko lebih banyak penonton akan cedera atau kawalan keselamatan menjadi tidak terkendali, penganjur atas persetujuan pihak polis menghentikan konsert tersebut setelah NCT 127 sempat berehat dan menyampaikan lagu Touch.
Penganjur juga menafikan telah menjual tiket lebih daripada kapasiti lokasi yang boleh memuatkan sehingga 10,000 orang.
Pada konsert malam pertama grup dari Korea Selatan itu, seramai 8 ribu orang hadir.
Meski konsert malam pertama terpaksa dihentikan lebih awal kerana jaminan keselamatan, penganjur tetap meneruskan konsert pada malam kedua yang dijadual berlangsung malam ini.
Ironi, konsert yang dijadual berlangsung dua malam iaitu pada Jumaat dan Sabtu ini sempat diancam dengan kejadian kononnya ada bom di lokasi.
©hal_cy0on pic.twitter.com/wrXuLIr9k0— SUNSPOT?언제나 사랑해♥︎ (@fs_sf_fs) November 4, 2022
Sumber & Foto: CNN Indonesia, Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.