Artis Korea
“Akhirnya Saya Jadi Bapa…” - Lepas 6 Tahun Tunggu, Epik High Mithra Jin Bakal Timang Anak
Anggota kumpulan popular Korea Epik High, Mithra Jin tidak dapat menyembunyikan rasa gembira bakal menimang cahaya mata selepas enam tahun menanti.
Mithra berkongsi berita gembira itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Dalam coretannya Mithra memberitahu usia kandungan isterinya, Kwon Da Hyun kini mencecah 23 minggu.
“Saya ada berita baik yang ingin dikhabarkan kepada anda. Akhirnya saya bakal bergelar bapa juga. Nama timangan bayi ini adalah ‘Bboom Bboomie’ dan usia kandungan isteri pula sudah memasuki 23 minggu.
“Bayi kami berada dalam keadaan sihat dan sudah mula pandai menendang perut ibunya. Tarikh jangkaan bersalin pula kira-kira awal bulan Jun.
“Jadi saya harap anda semua dapat mendoakan agar proses kelahiran nanti dipermudahkan,” tulisnya.
Mithra dan Da Hyun mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.
Untuk pengetahuan, semua anggota Epik High iaitu Tablo dan DJ Tukutz telah bergelar bapa kecuali Mithra.
Tahniah Mithra dan Da Hyun.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video