,
Artis Korea

7 Tahun Bercinta, Akhirnya Wonder Girl Hyerim Dedah Bakal Berkahwin Dengan Atlet Taekwondo

Mya Amri
05/05/2020
13:36 MYT
Bekas anggota kumpulan K-Pop Wonder Girl, Hyerim mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya atlet Taekwondo, Shin Min Chul.
Hyerin mengumumkan berita gembira itu menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensinya, rrr Entertainment.
“Selepas tujuh tahun bersama menjalinkan hubungan cinta berdasarkan kesetiaan dan kepercayaan atas diri masing-masing, Woo Hye Lim dan Shin Min Chul telah mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka pada Julai depan bertempat di Seoul. “Bagaimanapun buat masa ini kami tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan itu. Jadi kami harap anda semua memahami.
“Mungkin ketika ini adalah masa sukar buat semua orang namun kami mengumumkan berita ini dengan penuh berhati-hati dan percaya bahawa ini adalah cara terbaik untuk memberikan khabar gembira ini.
“Untuk memberitahu anda yang menyayangi dan menyokong Hyerim sejak dari dulu lagi. Kami harap anda semua dapat memberikan ucapab tahniah kepada pasangan berkenaan untuk mereka memulakan hidup baru,” jelas wakil agensinya.
Terdahulu, Hyerim, 28 dan kekasihnya Shin Min Chul, 34, telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2013. Pasangan ini kemudiannya mendedahkan hubungan mereka pada Mac tahun ini selepas mengambil keputusan untuk muncul dalam program realiti terbitan MBC berjudul Real Love Story.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi / Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.