Gempak Most Wanted Awards 2024

Dilamar Melly Goeslow, Impian Aina Abdul Jadi Kenyataan - “Siapa Sahaja Yang Tidak Mahu…”

gempak
Asyraf Roslan
11/02/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Dilamar Melly Goeslow, Impian Aina Abdul Jadi Kenyataan - “Siapa Sahaja Yang Tidak Mahu…”
Penyanyi, Aina Abdul meluahkan rasa syukur apabila dilamar oleh komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow melamarnya untuk menyanyikan runut bunyi filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.
Jelas pelantun lagu Puas Sudah itu, menyanyikan lagu ciptaan Melly telah menjadikan satu impiannya satu kenyataan.
“Sebetulnya saya bersyukur, kerana ini menjadi salah satu kolaborasi yang menjadi impian juga untuk saya.
“Semestinya apabila saya dilamar dengan lagu ini oleh Melly Goeslow siapa sahaja yang tidak mahu. Ia adalah impian jadi kenyataan. Saya rasa untuk semua penyanyi pun mempunyai impian untuk membawakan karya Melly yang tepat dengan cerita,” kata Aina.
Pada masa sama, Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani juga berkongsi pengalaman bekerja dengan Fabio Asher.
Menurut Aina, dia sangat mudah bekerjasama dengan Fabio dan hanya mengambil masa yang sangat singkat untuk merakamkan lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.
“Kalau di Malaysia Fabio memang sangat popular pertama kali saya berjumpa dengan Fabio saya rasa sangat terharu kerana dapat nyanyi bersama dengannya. Saya memang bersyukur kerana Fabio adalah salah satu teman duet yang saya juga mahu menyanyi bersama.
“Sangat mudah untuk bekerjasama dengan dia, kerana kami hanya ambil masa dua jam untuk merakam lagu ini,” katanya.
Aina berkata demikian ketika menghadiri sidang media filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu, di Jakarta Indonesia.
Sekadar info, lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu merupakan salah satu calon Top 5 dalam kategori Audio/Lagu Tergempak.
Jom undi calon top 20 setiap kategori Gempak Most Wanted di www.gempakmostwantedawards.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024