Laman Utama
Seekor Ditembak, 2 Anjing Dicuri, Lady Gaga Tawar RM2 Juta Kepada Yang Jumpa, Dengan Pesanan: "Jangan Tanya"
Pesohor Lady Gaga dilaporkan menawarkan ganjaran cukup lumayan selepas seekor anjingnya ditembak, manakala dua lagi dibawa lari perompak.
Insiden itu berlaku selepas penjaganya dikatakan membawa tiga ekor anjing kesayangan Gaga bersiar siar di tepi jalan sebelum dihampiri sebuah kereta sedan berwarna putih dan cuba merompaknya.
Walaupun rompakan tersebut gagal, namun perompak telah menembak seekor anjing Gaga dan melarikan dua ekor anjing jenis Bulldogs dari baka Perancis yang diberi nama Koji dan Gustav.
Bengang dengan tindakan perompak, Gaga telah menawarkan sejumlah wang yang besar sekitar setengah juta dolar atau sekitar RM2 juta buat pihak yang dapat menemui Koji dan Gustav.
"Dia menawarkan setengah juga dolar kepada sesiapa yang menemui kedua dua anjing tersebut. Jangan tanya. Tapi siapa yang menemui anjing tersebut boleh emel ke KojiandGustav@gmail.com untuk memperoleh ganjaran anda," ucap seorang sumber seperti dilaporkan AP.
Menurut laporan tersebut, pihak Los Angeles Police Department (LAPD) mendapati seorang lelaki telah menembak seekor anjing milik penyanyi itu dalam cubaan merompak. Anjing tersebut selamat dan kini menerima rawatan di sebuah hospital veterinar.
Bagaimanapun perompak tersebut membawa lari dua anjing jenis Bulldogs dan memiliki senjata pistol jenis semi automatik.
Setakat artikel ini ditulis, pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada perompak sengaja mensasarkan anjing peliharannya atau tidak. Setakat ini media cuba mendapatkan kenyataan rasmi daripada Gaga. Gaga pula saat ini berada di Rome untuk menjalani sebuah penggambaran.
Kredit Foto: Getty Images
Must-Watch Video