,
Artis

Pelakon Korea Selatan Dipenjara Setahun Atas Kesalahan Dadah

Awani
03/09/2024
17:55 MYT
Pelakon Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pelakon berusia 38 tahun itu, yang karya terbarunya termasuk siri fantasi gelap Netflix "Hellbound," menghadapi tuduhan menggunakan propofol, anestetik perubatan, secara haram dengan alasan prosedur kosmetik sebanyak 181 kali antara 2020 dan 2022.

BERITA BERKAITAN : Pelakon Lelaki Tayang Badan, Netizen Tak Keruan Tengok James McAvoy! | Eat, Movie, Repeat [Interview]

BERITA BERKAITAN : "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

​BERITA BERKAITAN : Director Issey Pulak Kena Marah Dengan Para Pelakon! | Singgah Set

​BERITA BERKAITAN : Insomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW HighlightsInsomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW Highlights

Dia juga dituduh menyalahgunakan tiga ubat anestetik perubatan lain, termasuk midazolam dan ketamin.
Pertuduhan terhadapnya juga termasuk membeli kira-kira 1,100 pil tidur dengan preskripsi di bawah nama orang lain, menghisap ganja semasa berada di Amerika Syarikat pada Januari, dan memaksa rakan sejenayah untuk menarik balik keterangan terhadapnya.
Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas pelakon itu, yang nama sebenarnya adalah Uhm Hong-sik, dan mengenakan denda 2 juta won (US$1,490).
Mahkamah mensabitkannya atas pembelian dan penyalahgunaan dadah secara haram tetapi mendapati dia tidak bersalah kerana cuba memusnahkan bukti atau paksaan, dengan alasan bukti yang tidak mencukupi.
Yoo yang mengenakan sut hitam ditahan serta-merta atas perintah mahkamah selepas dibicarakan tanpa penahanan fizikal.
Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara empat tahun.
"(Yoo) nampaknya tidak bimbang mengenai pengambilan dadah, bergantung kepada anestetik dan pil tidur dan menghisap ganja walaupun doktor memberi amaran," kata mahkamah. " nampak serius, dan sukar untuk mengatakan bahawa dia mempunyai risiko rendah untuk melakukan kesalahan semula," katanya.
Dalam perbicaraan mahkamah sebelum ini, Yoo berkata beliau telah lama mengalami kemurungan, panik dan gangguan tidur kerana kehidupannya sebagai selebriti, mengakui kebergantungannya kepada anestetik.
Yoo juga melahirkan penyesalan atas kesalahannya sambil menambah, "Walau apa pun keputusannya, saya akan membalas mereka yang menjaga saya dengan berusaha menjadi lebih sihat dan jujur serta menjalani hidup sebagai seseorang yang boleh menyumbang kepada masyarakat."
SUMBER:Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar