,
Gegar Vaganza All Star

Mamat Tak Pernah Cemburui Ezad Lazim, Masing-Masing Ada Kekuatan

Maliah Surip
27/09/2023
03:51 MYT
Kumpulan Exists diketahui mempunyai dua vokalis. Vokalis pertama adalah Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin.
Sebagai vokalis yang tumbuh dan mencetak fenomena bersama Exists, nama Mamat sangat melekat dengan lagu-lagu seperti Untukmu Ibu, Langkah Seiringan dan Rahsia Pohon Cemara.
Mamat yang memperjuangkan Exists bersama rakan-rakannya dari Johor Bahru, Ujang, Ajai, Along dan Musa seawal usia 12 tahun bagaimanapun meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 1994.
Karier seninya terus mekar dan Mamat, 45, berjaya menawan hati peminat dengan singlenya, Salju Di Danau Rindu.
Selepas bergerak secara solo, posisi Mamat kemudian digantikan oleh vokalis dari Kedah, Ezad Lazim pada tahun 1995.
Menerusi album Diammu Gunung Berapi, Ezad perlahan-lahan mendaki populariti bersama Exists sehingga akhirnya diterima baik oleh peminat.
Kedua-dua penyanyi ini juga pernah menyertai Gegar Vaganza. Mamat merupakan alumni GV musim pertama dan dinobat sebagai pemenang tempat ketiga.
Ezad pula menyertai GV musim kedua dan dinobat sebagai pemenang tempat ketiga. Penyanyi ini kini bertanding menerusi program sama, All Stars Gegar Vaganza dengan penyertaan menerusi Hot Seat.
Bertanya kepada Mamat adakah timbul rasa cemburu atau tergugat dengan kehadiran Ezad sebagai vokalis kedua Exists, penyanyi tersebut menggelengkan kepala.
“Tak ada, tak ada rasa apapun. Saya okay saja,” katanya saat ditemui pada sidang media Konsert Exists X Orkestra beberapa minggu lalu.
Persoalan yang sama kemudian dijawab oleh Ezad. Menurut Ezad, tidak pernah timbul sebarang masalah atau perasaan cemburu juga dengki di antara mereka berdua.
“Tidak pernah ada masalah (Exists ada dua vokalis) antara kami kerana masing-masing punya kekuatan.
“Lagipun peminat sekarang akan tanya misalnya jika saya tampil seorang, mereka tanya mana Mamat dan begitu sebaliknya. Sebab ramai yang suka kami tampil berdua,” ujar Ezad.
Malah bagi Exists apa yang menjadi fokus buat mereka adalah meletakkan muzik di tempat pertamas dan membuang semua perkara negatif yang boleh merosakkan hubungan juga karier mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.