,
Gegar Vaganza All Star

Juara Vs Juara! Senarai Penuh 10 Bintang All Stars Gegar Vaganza

Amri Hassan
29/08/2023
08:15 MYT
Selepas 10 tahun bergemerlapan, pertandingan realiti nyanyian popular Gegar Vaganza (GV) mengumumkan musim terbaharu dengan menampilkan kesemua juara musim terdahulu dalam All Stars Gegar Vaganza!
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Manakala lima penyanyi dari musim-musim lalu bakal dipilih menerusi undian para peminat bermula 29 Ogos 2023 di laman sesawang www.gempak.com/gegarvaganza. Undian akan ditutup pada 10 September 2023, 11.59 malam.
Dengan menampilkan juara-juara sepanjang sembilan musim serta lima pilihan para peminat, ‘GV’ kali ini semestinya lebih sengit kerana para peserta bakal berentap dengan yang terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara.
Lebih hebat lagi, barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi ikonik Indonesia, Hetty Koes Endang.
All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Masih Dihentam Netizen, Ruhainies Nak Rasa Gembira & Tenang Tanpa Membenci Sesiapa - “Tak Suka Gaduh Di Public Sebab Saya Nak Tunjuk Contoh Yang Baik”

gempak
09/09/2024
03:25 MYT
Berterusan dihentam oleh netizen biarpun kontroversi melibatkan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz sudah berlalu, pelakon Ruhainies bagaimanapun mengambil langkah untuk berdiam diri di laman sosial.
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

gempak
19/08/2024
01:55 MYT
Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.