,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Tak Capai KPI Macam Inilah Jadinya” - Suki Low Kecewa Dengan Persembahan Sendiri

Mya Amri
02/10/2023
08:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Suki Low akui agak kecewa dengan persembahannya di minggu kedua ini.
Menurut Suki, dia tidak menyalahkan sesiapa tentang penyingkirannya sebaliknya meletakkan kesalahan tersebut di bahu sendiri.
“Rasa tak puas lagi nak buat persembahan. Apa yang kurang pada persembahan itu datangnya dari saya, tidak ada benda lain yang dipersalahkan.
“Tok Ram pernah cakap pasal KPi. Semua juri tahu tentang kemampuan dan keupayaan kami di pentas. Jadi kalau tak capai KPI macam itulah jadinya.
“Terus terang saya cakap untuk konsert minggu ini i’m not at my best. Tak mengapalah. Ya saya kecewa dengan diri saya,” katanya.
Suki berkata demikian ketika ditemui sejurus tamat konsert kedua All Stars Gegar Vaganza bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Tidak cepat melatah, Suki bagaimanapun melihat kekurangannya di pentas GV10 itu sebagai satu proses pembelajaran.
“Kalau saya tengok kembali persembahan, saya rasa sini tak bagus situ tak bagus. Saya sebenarnya quite hard on my self bila menilai persembahan sendiri.
“Jadi saya jumpa banyak kesilapan pada persembahan, sudah tentulah saya akan rasa kecewa.
“Tapi saya melihatnya sebagai salah satu proses pembelajaran. Kita mesti sedar mana kesalahan kita sebelum kita boleh jadi lagi baik,” ujarnya.
Dalam pada itu mengulas mengenai GV10, Suki berkata kali ini juri telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi buat kesemua bintang.
“Tahun ini seperti yang kita tahu semuanya All Stars dan ekspektasi juri juga sangat tinggi sehinggakan perkara yang kecil juga diambil kira.
“Saya mengatakan perkara ini kerana kebiasaannya pada Sabtu kita akan ada sesi latihan penuh dan selepas itu Tok Ram akan memberikan komen.
“Sebagai contoh bagi tips. Tips untuk menambah baik persembahan dan daripada komennya saya pun dah boleh agak pertandingan tahun ini memang sengit.
“Tok Ram sampai kira menggunakan frekuensi kilohertz ya. Jadi kami sendiri tahu ekspektasi itu tinggi dan tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan,” jelasnya.
BACA: GV10: Kejutan! Cliff Umar & Suki Tersingkir Di Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Konsert minggu kedua GV10 Cliff Umar dan Suki Low diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Menyanyikan lagu Tak Ingin Usai dan Laskar Cinta masing-masing menduduki tempat terakhir dengan markah 56.25% dan 53.25%.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar