,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Aishah Tersingkir Sebab Salah Pilih Duet? Tok Ram; "Artis Itu Sendiri Yang ..."

Amri Hassan
16/10/2023
05:55 MYT
Juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS mengakui persembahan Datuk Aishah yang menjadi bintang juara ketiga tersingkir pada Ahad kurang memberangsangkan.
Selain kurang 'chemistry' antara rakan duet, bunyi yang dihasilkan daripada paduan suara Aishah dan Vince juga kurang memuaskan.
"Di GV penyanyi perlu menghasilkan bunyi yang agak nyaman untuk mendapatkan rewards. Jadi pasangannya pun agak gagal, dengan Aishah sendiri.
"Ia dapat dilihat daripada perbezaan markah dengan Siti Nordiana iaitu 6%. Banyak tu... dan harus saya akui semua juri bagi markah rendah," katanya.
Ramli turut menjelaskan situasi pemilihan rakan duet dan lagu peserta setiap minggu yang sebenarnya dicadangkan sendiri oleh penyanyi yang bertanding.
"Pemilihan lagu dan partner datang daripada artis itu sendiri. Sekiranya tak available barulah kita akan berikan pilihan lain tiga atau empat lagi, kamu pilih mana satu yang dimahukan.
"Tentang partner duet adik-beradik, artis senior bagi saya tiada isu. Contoh kalau dapat Datuk M.Nasir sekalipun, saya potong 5 markah (sepertimana Ayai Illusi) melainkan kalau M.Nasir nyanyi lagu Jamal Abdillah, saya tak potong.
"Dia (Aishah) nak Hafiz Suip, tapi tak available. Jadi dia pilih Vince selepas kita mainkan videonya," terang Ramli.
Aishah yang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta berduet bersama juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince gagal menambat hati juri sekali gus menjadi bintang juara ketiga tersingir dari pentas All Stars Gegar Vaganza.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Hiburan

Alyah Dapat Ilham Nama Anak Izzara Dari Restoran Di R&R Ayer Keroh, Tak Pernah Rancang Ambil Anak Angkat

gempak
14/07/2024
08:55 MYT
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 43, dia menamakan Nur Izzara apabila mendapat ilham ketika berkunjung ke sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka.
Viral

Isu Lagu Pulangkan ‘Berhantu’ Sampai Masuk Dalam Mimpi, Ajai Dedah Tok Ram Pun Pernah Alami Kejadian ‘Pelik’!

gempak
02/06/2024
06:55 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai mendedahkan dia kerap mendengar pengalaman seram yang dilalui oleh pendengar-pendengar lagu ciptaanya yang dijadikan runut bagi filem Pontianak Harum Sundal Malam iaitu Pulangkan.
Berita

Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

gempak
30/05/2024
08:42 MYT
Juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.