,
Gegar Vaganza 9

"Jangan Hanya Bersedia Vokal, Perlu Tahu Juga Media Sosial" - Fazley Yaakob Nasihat Bintang GV9

Amri Hassan
21/09/2022
13:50 MYT
Bekas bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Fazley Yaakob menasihati peserta GV9 agar mengambil tahu dunia media sosial selain persediaan vokal semata-mata.
Kata Fazley, setiap peserta perlu membentuk pasukan untuk membaca dan menapis komen negatif daripada netizen.
"Saya tahu ada dalam kalangan peserta GV musim ini yang berhati tisu (rapuh). Saya kenal dan rapat dengan beberapa peserta.
"Pesanan saya jika tidak kuat jangan baca ciapan di Twitter dan jangan hanya buat persediaan vokal saja tapi perlu juga ambil tahu mengenai media sosial.
"Setiap peserta juga digalakkan mempunyai pasukan media sosial yang boleh membaca atau memadam sebarang komen negatif daripada netizen.
"Jangan sesekali jatuh semangat kerana komen negatif orang atau kita membalas komen berkenaan kerana ia bukan langkah yang betul," nasihatnya.
Fazley ditemui pada majlis pelancaran menu baharu Starbucks di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara menu yang diperkenalkan dalam kolaborasi kali ini ialah Kuih Bakar Burnt Cheesecake, Brioche Murtabak Ayam, Croissant Roti John, Pau Sambal Malaysia dan Ayam Percik Linguine.
Dalam pada itu, Fazley tidak membantah apabila format GV9 diubah dengan membuka penyertaan kepada penyanyi yang masih bergiat aktif dalam bidang seni.
"Program realiti ini bukan hanya membantu artis yang suam-suam kuku sahaja, tapi pentas ini adalah platform pertandingan. Bila saya sendiri pernah sertai GV, saya tahu ini adalah pertandingan yang sebenar.
"Jadi apabila membabitkan sebuah pertandingan tidak semestinya kalau orang itu adalah suam-suam kuku atau sedang hebat mereka tidak boleh berada di pentas yang sama. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan tersendiri," tambahnhya.
Untuk rekod, Fazley menjadi peserta kedua tersingkir pada GV8 dan selepas bertahan selama empat minggu.
BACA: Upiak Menangis Teresak-Esak Fazley Tersingkir, Air Mata Bukti Sayangnya Pada Abang Asmara
BACA: Tamat Sudah Perjuangan Fazley, Abang Asmara Tersingkir Minggu Ke-4!
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein. Pastinya pentas menjadi gamat dengan kombinasi kedua-dua hos yang kelakar ini.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
***
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.