,
Gegar Vaganza 9

GV9: “Saya Terima Apa Bunda Cakap..” - Penampilan Dikritik, Tomok Tiada Masalah!

Azwa Rahman
26/09/2022
05:48 MYT
Bintang Gegar Vaganza 9 Tomok tidak terasa apabila penampilannya mengenakan pakaian serba merah ketika mempersembahkan lagu Janji Padamu nyanyian asal kumpulan Exist di konsert minggu kedua mendapat kritikan juri tetap, Hetty Koes Endang.
Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 38, setiap orang ada pendapat tersendiri untuk disuarakan.
Jelasnya, dia tidak terkesan malah akan memperbaiki penampilannya yang dibantu oleh pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat.
“Saya tiada masalah bila orang nak komen pasal penampilan. Positif saya terima, negatif pun saya terima. Masing-masing ada pendapat masing-masing, saya terima apa yang bunda cakap.
“Mungkin ada betulnya. So balik nanti saya akan tengok balik, mungkin ada yang tak kena dan saya akan improve minggu depan,” kata Tomok kepada Gempak.
Tomok ditemui pada majlis sidang media konsert kedua GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Dilabel sebagai seorang ‘fighter’ oleh juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, Tomok tidak menyangka rezekinya mendapat tempat pertama minggu ini mengalahkan 12 bintang lain.
“Saya tak sangka dapat tempat pertama pada konsert minggu ni tapi alhamdulillah benda ni saya jadikan semangat untuk buat yang lagi baik untuk lagu Hukum Karma minggu depan.
“Setiap pertandingan yang saya masuk, menang atau kalah ke, saya akan fight. Saya suka berada di berada di pentas ni tau, suka untuk buat persembahan. Jadi bila saya berada di atas pentas, saya akan berikan yang maksimum, sehabis baik.
“Tapi kalau tiada rezeki, takpe kita cuba lagi. Berjaya atau tak berjaya, ia tak akan patahkan semangat saya tapi ilmu yang saya dapat daripada Tokram dan rakan-rakan lain, nilai dia lebih berbanding hadiah kemenangan. Tapi kalau ada rezeki, of course kita kena fight kalau nak menang kan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, melihat pada prestasi beberapa bintang yang sudah membuka ‘taring’ seperti Hazrul Nizam dan Shila Amzah, Tomok tidak pernah sesekali memandang rendah pada rakan seperjuangan.
“Setakat ini apa yang saya nampak, GV9 ni macam open game, kita tak boleh nak nilaikan seseorang tu, tak boleh. Tengok macam abang Hazrul minggu ni, boleh. Fuad pun boleh. Kejap lagi minggu ketiga dia lipat kita.
“Balik ni, saya kena tengok balik apa yang saya boleh buat dengan lagu Hukum Karma sebab bila saya tengok rakan-rakan yang lain, ramai dah start pasang gear 2, gear 3. Kita kena buat lagu tu boleh diterima oleh juri, penonton di auditorium dan di rumah,” akhirnya.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Hiburan

Naqiu Bakal Buat Persembahan Di Acara After Hours With Hetty Koes Endang - “Teruja Satu Pentas Dengan Bunda”

gempak
13/01/2024
11:55 MYT
Wah ada Naqiu.
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.
Gegar Vaganza All Star

Hetty Komen Nyanyian Kisah Hati Nana Lebih Bagus Daripada Alyah, Netizen Tak Setuju! - "Tak Perlu Downgrade"

gempak
11/12/2023
02:50 MYT
Hetty Koes Endang mungkin bercanda.