,
Gegar Vaganza 9

"Bila Cari Tak Jumpa..." - Anak Hilang Buat Pat Lebih Terbuka Berkongsi Tentang Autisme, Bimbang Kejadian Berulang

Mya Amri
12/10/2022
08:43 MYT
Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Pat Candy mendedahkan kini lebih terbuka untuk berkongsi tentang dua anaknya yang merupakan penghidap autistik selepas peristiwa kehilangan anak sulungnya kira-kira enam tahun lalu.
Mengimbas kembali insiden tersebut, Pat atau nama sebenarnya Nurul Nadhira Patrica Robert, 48, berkata kisah itu sudah cukup membuatkan dirinya sedar.
“Dulu tidak banyak yang mempunyai kesedaran tentang autisme jadi sebab itu kami memilih untuk merahsiakan perkara itu, kerana percaya anak akan pulih.
“Kami merahsiakan tentang mereka kerana bimbang anak-anak akan mendapat malu sekiranya mereka kembali normal… Tetapi baru kami sedar yang mereka tidak akan pulih.
“Satu peristiwa berlaku yang membuatkan kami sedar adalah sekitar tahun 2016, kami sekeluarga masuk hospital disebabkan Influenza.
“Bila kami dah buat pendaftaran masuk, Darren yang berusia 18 tahun itu hilang daripada hospital dan kami tidak sedar.
“Bila cari tak jumpa sampai satu hospital kecoh, ambulans keluar cari jumpa dia dekat Petronas tengah minum air.
“Jadi bila fikir balik, kami rasa perlu untuk dedahkan mereka, sekurang-kurangnya kalau dia hilang, orang faham masalah yang ada pada mereka dan tahu dekat mana nak hantar. Sejak peristiwa itu kami lebih terbuka,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai kedudukan terendah di konsert minggu keempat GV9, Pat berkata dia sudah menjangkakan tentang perkara itu.
“Sebenarnya sejak minggu kedua lagi selalu rasa saya yang akan tersingkir kerana saingan di GV9 ini semuanya hebat-hebat belaka.
“Saya sudah bersedia sekiranya nama saya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir tetapi masih ada rezeki lagi untuk saya. Alhamdulillah.
“Bila dah dapat peluang sekali lagi, saya kena buktikan dan memperbaiki persembahan supaya tidak lagi berada di kedudukan terendah,” ujarnya.
Terdahulu, Pat dan Edry berkahwin pada 9 Februari 2002.
Bagaimanapun, Pat mempunyai seorang anak perempuan menerusi perkahwinan yang terdahulu.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein. Pastinya pentas menjadi gamat dengan kombinasi kedua-dua hos yang kelakar ini.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Catriona Ross Luah Rasa Syukur, Anak Autisme Kini Miliki MyKad - “Mommy Sebak, Kami Membayangkan…”

gempak
07/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya iaitu Jammal Al Raess Shaharuddin kini sudah menjadi pemegang MyKad.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”

gempak
23/08/2024
04:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin menerima kecaman hebat oleh warganet apabila dirinya memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai berunsur lucah di Instagram.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Masih Dijaga JKM, Ibu Bapa Dibenar Melawat Namun Bersyarat

gempak
18/07/2024
00:25 MYT
Berhubung sama ada ibu bapa kanak-kanak itu dibenar melawat, Azmir berkata, mereka mempunyai akses untuk berbuat demikian namun bersyarat.
Hiburan

“Autism Ini Takkan Sembuh, Tapi Apa Yang Kita Boleh Bantu Adalah…” - Shila Amzah

gempak
13/07/2024
01:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah memberitahu individu yang didiagnos menghidap autisme tidak akan sembuh dan menjadi normal seperti orang lain.