,
Gegar Vaganza 9

"Ada Tiket Final GV Tak?" - Alyah Dah Lali Jadi 'Kaunter' Pertanyaan, Aduan Netizen... Dapat Soalan Sama Tiap-Tiap Tahun!

Amri Hassan
27/11/2022
07:55 MYT
Penyanyi yang juga isteri kepada maestro muzik Gegar Vaganza 9 (GV9) Datuk Ramli MS, Datin Alyah buntu setiap kali tibanya musim pertandingan dan konsert mingguan rancangan berprestij itu.
Mana tidaknya, Alyah lazimnya akan menjadi tempat 'belasahan' netizen yang tidak berpuas hati dengan komen Ramli (Tok Ram) ketika menjuri atau apa saja yang berkaitan dengan Gegar Vaganza sejak sembilan tahun lalu.
Malah, dedah Alyah, komen makian, cacian, kecaman dan kemarahan menjadi kewajipan masuk ke peti mesej media sosialnya saban tahun.
"Sebenarnya dah lama dah, sampai saya jadi imun. Hati kita sebagai manusia, adakalanya ada pihak yang 'bantai saya, suruh pesan kat suami saya macam itu macam ini. Ada yang DM...
"Saya pelik, apa masalahnya? Saya pun kadang-kadang tak sempat nak menonton sebabkan sibuk bekerja.
"Kadang-kadang bila balik rumah, saya pula yang tanya padanya (Tok Ram) fasal ada orang DM sekian-sekian. Katanya tak payah layanlah. Mereka tak tahu pun, cerita atau kisah di belakang tu. Malah, saya pun tak tahu.
"Jadi, untuk mencampuri urusan Tok Ram, bukan kerja saya pun, bila orang cakap kadang-kadang dengar sajalah. Orang marah-marah maki-maki... kalau kita nak berdebat dengan orang pun tak menang kita," ujarnya kepada Gempak.
Alyah ditemui pada sesi penggambaran muzik video lagu terbaharunya Cinta Sahabiyah di Puncak Dani, Genting Highlands baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, kata Alyah lebih melucukan apabila ada segelintir pengguna media sosial yang datang kepadanya semata-mata untuk mendapatkan tiket konsert mingguan dan final GV.
"Ada tiket final tak? Itu pun tanya saya, setiap tahun! Dari dulu sampai sekarang, orang duk tanya tiket. Saya rasa pelik sampai tak tahu nak jawab apa.
"Yang menjadi serba-salahnya kawan-kawan, saudara-mara yang bertanya tu. Bukan tak nak tolong, itu bukan hak saya, saya sendiri pun tak pergi.
"Kalau saya ada saya dah bagi tapi saya sendiri pun tengok kat rumah saja," jelas Alyah.
Sekadar info, Ramli MS telah menjalankan tugasnya sebagai juri tetap GV sejak musim perdana program realiti tersebut sehingga musim terbaharu yang sedang rancak berlangsung.
GV9 akan melabuhkan tirai pada malam ini. Bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam, GV9 menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.