,
Gegar Vaganza 7

"Saya Sentiasa Menyanjungi Beliau", Nabil Bersyukur Hos Versatil Datuk AC Mizal Sudi 'Mencemar Duli' Kendalikan Minggu Pertama GV

Amri Hassan
22/10/2020
00:20 MYT
Selepas enam musim bersiaran, kali pertama pengacara Nabil Ahmad digantikan tempatnya dengan Datuk AC Mizal bergandingan dengan Jihan Muse pada minggu pertama Gegar Vaganza 7 (GV7) dua minggu lalu.
Peranan AC Mizal yang sinonim dengan gelaran DAC pada minggu pertama itu telah memberi impak besar dan menyelamatkan GV 7 yang memulakan musim baharunya.
Nabil malah sangat berterima kasih dengan persetujuan saat akhir DAC untuk mengendalikan GV saat dirinya berada dalam keadaan tidak sihat.
"DAC seorang yang berpengalaman. Saya kena berterima kasih kepada beliau kerana dalam kesibukannya, beliau sudi mengendalikan GV pada saat akhir.
"Sepanjang minggu pertama semasa beliau tolong gantikan saya, saya sendiri mendapat maklum balas positif daripada orang ramai, nasib baik ada DAC," katanya kepada Gempak.
Nabil terpaksa berehat pada minggu pertama GV7 ekoran diserang penyakit angin pasang.
BACA: "Senak Sampai Tak Boleh Bangun!" - Nabil Ahmad Kena Angin Pasang, Masih Bergantung Pada Ubat
Tidak terhenti di situ, Nabil terus memuji kreadibiliti DAC. Menurutnya, DAC adalah seorang tokoh pengacara yang versatil.
"DAC sangat versatil. Itulah kehebatan pengalaman. Saya pun sentiasa menyanjungi beliau dan Datuk Aznil Nawawi, dengan merekalah saya belajar," tambahnya.
GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Viral

Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

gempak
07/08/2024
12:25 MYT
Penyampai ERA, Nabil Ahmad meluahkan rasa teruja apabila hadir menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.
Hiburan

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

gempak
17/07/2024
16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.