,
Gegar Vaganza 6

GV2019: Gangguan Audio, Penat Ulang-Alik Johor Punca Mazleela Tersingkir

Amri Hassan
21/10/2019
02:55 MYT
Penyanyi yang popular dengan lagu Tabah, Mazleela terpaksa akur akhirnya tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza 2019 (GV2019) pada konsert kedua malam tadi.
Kata Mazleela, dia sama sekali tidak menjangka namanya tidak disebut untuk meneruskan pertandingan pada minggu ketiga.
"Saya tidak merasa terlalu hampa kerana tujuan utama menyertai GV2019 kerana nak berjumpa semula dengan rakan-rakan lama.
"Tak fikir pertandingan pun, saya menganggap rezeki saya sampai sini sahaja dan bersyukur atas peluang yang telah diberikan untuk membuat persembahan di pentas yang besar seperti ini.
"Tidak saya jangka saya akan tersingkir pada malam ini, tetapi saya akui saya ada buat beberapa kesilapan ketika persembahan," katanya ketika ditemui usai konsert kedua GV2019 di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad malam.
Tambah Mazleela, beberapa faktor menjadi penyumbang masalah persembahan lagu Apa Khabarmu Di Sana (Ramlah Ram) itu.
"Saya tak biasa pakai monitor telinga, zaman sudah berubah dan secara teknikalnya pun sudah tak sama seperti tahun 90-an.
"Saya kekok dan itulah punca suara saya kedengaran 'flat'. Muzik di belakang terlalu kuat dan saya boleh dengar suara saya menerusi monitor bulat-bulat.
"Tapi tak mengapa ini sebahagian daripada pengalaman baharu saya.
"Walaupun sudah 20 tahun menyanyi tidak bermakna saya sudah bagus.
"Kadang-kadang tidur yang tidak cukup kerana berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur pun menjadi punca tenaga berkurangan ketika di pentas," kata Mazleela lagi.
Bagi Mazleela, lagu nyanyian asal Ramlah Ram itu bukan faktor yang menyebabkannya gagal mara ke konsert seterusnya.
"Lagu itu lagu yang senang dan 'catchy' tapi silapnya daripada saya sendiri yang tidak dapat memberikan kepuasan," ujarnya.
Penyingkiran Mazleela telah menyelamatkan Ameer Sofazr dan Jatt Ali yang berada di tangga tiga terbawah.
Jangan lupa saksikan konsert ketiga GV2019 pada hari Ahad ini 27 Oktober 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lagu Jerat Percintaan Siti Nurhaliza Hampir Digantikan Mazleela Di Pentas AJL 1996! - "Betul Sebab Ketika Itu Form 5, Ada Peperiksaan"

gempak
17/07/2023
08:50 MYT
Lirik lagu Jerat Percintaan.
Hiburan

"Nasib Baik Saya Bukan Mak Cik Bawang, Kalau Tidak ..." - Wann Hampir Kena Scam 'Feeza Palsu', Peminat Suruh Hati-Hati

gempak
07/02/2020
00:07 MYT
Gegar Vaganza 6

"Comeback Sia-Sia!" - Mimi Fly Tinggalkan One Nation Emcees Lepas Habis GV2019

gempak
30/01/2020
10:49 MYT
Advertorial

Tonton Konsert Akhir Dengan Layanan VIP, Andalah Pemenang Sebenar!

gempak
20/01/2020
04:42 MYT
Hiburan

Ulang Alik Singapura - Malaysia, Hady Mirza Bercadang Pindah Ke Kuala Lumpur Jika Terlalu Sibuk

gempak
08/01/2020
12:25 MYT