,
Gegar Vaganza 2021

"Tiada Chemistry, Dia Sendiri Goyang" - Ramli MS Ulas Punca Penyingkiran Upiak Isil

Amri Hassan
27/12/2021
02:22 MYT
Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS berpendapat tiadanya keserasian duet antara Upiak Isil dan Usop menjadi punca penyanyi Indonesia itu tersingkir pada konsert minggu keenam.
BACA: GV8: Beza 0.1% Dengan Bandi Amuk, Upiak Isil Tersingkir Dengan Markah ...
Jelas Ramli atau lebih popular dengan sapaan Tok Ram, Upiak juga melakukan beberapa kesilapan lain yang konsisten daripada minggu-minggu terdahulu hingga mengganggu prestasi persembahannya.
"Betul Upiak mendapat markah paling rendah. Salah satunya disebabkan keserasian mereka berdua (berduet dengan Usop) seolah-olah macam dia menyanyi sendiri.
"Chemistry itu tak ada dan dia sendiri goyang dari segi notasinya. Jadi, juri bersepakat memberikan markah paling rendah," ujarnya kepada Gempak.
Berbeza markah sebanyak 0.1% dengan Bandi Amuk (56.4%), Upiak yang menyanyikan lagu Sembunyi (Misha Omar ft Andi Flop Poppy) itu harus akur berada di kedudukan terbawah dengan markah sebanyak 56.3%.
"Ya, untuk juri 0.1%, malah produksi pun bersetuju daripada segi markahnya. Bagi saya, yang penting siapa yang berada paling bawah harus keluar," tambah Ramli.
Jelas Ramli lagi, elemen utama yang ditekankan dalam minggu yang melibatkan pasangan duet adalah keserasian dan kerjasama dalam persembahan.
"Kita melihat kepada keserasian dalam persembahan lagu duet, kerjasama serta kreativiti dalam lagu, selain kurang membuat kesilapan.
"Setiap peserta ada 80% dan artis jemputan 20% pecahan markahnya. Jarang kita lihat artis jemputan membuat kesilapan berbanding mereka yang bertanding.
"Secara tak langsung, keserasian pun kuranglah di situ," terangnya lagi.
Pada konsert keenam GV8, Suki yang menyanyikan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang (Fiq) bersama Khai Bahar menduduki tangga pertama dengan kutipan markah 83.7%.
GV8 Konsert minggu keenam kembali dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.