,
Gegar Vaganza 2021

Shidee Nafi Pernah Bercinta Dengan Ibu Mentua, Tak Kisah Kontroversi Lama Diungkit - “Tak Tahulah Kalau Waktu Tu Dia Ada Hati & Perasaan ..."

Hanafis Haris
24/11/2021
13:08 MYT

Penyanyi senior yang kini bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Shidee akui tidak mengambil kisah apabila apabila kontroversi membabitkan rumah tangganya diungkit oleh sebahagian netizen.

Menurut Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 62, dia sedar kisah 11 tahun lalu kembali diperkatakan ramai terutama berkaitan perkahwinannya yang didakwa pernah mendapat tentangan ibu mentua.

Jelasnya, apa yang orang ramai perlu tahu adalah segala kontroversi yang berlaku awal 2010 itu dapat dikawal dengan baik olehnya.

"Memang saya ada terpalit kontroversi dulu, hal kahwin dan saya tidak rasa apa-apa pun kalau ada orang nak korek cerita lama.

“Korek lah, tak ada apa pun sebab bagi saya itu semua perjalanan hidup.

“Dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mentua saya.

“Sekarang dah okay, saya tahu dia tu mentua. Saya tetap hormati sebagai ibu saya,” katanya.

Ditanya, adakah benar dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan dengan mentuanya sendiri, Shidee menafikan hal tersebut.

"Sebenarnya tuduhan tu tak ada, tak wujud pun. Tapi tak tahu la kalau mak mentua saya pada waktu itu ada hati dan perasaan dengan saya. Itu terpulang hak dia.

"Tapi saya tak ada langsung perasaan dengan dia.

“Semua salah faham kami atasi dengan baik dan kami pun dah mula hidup secara baik.

"Sekarang dah okay, saya tahu dia tu ibu mentua, saya tetap hormati dia sama macam ibu saya sendiri,” katanya.

Shidee ditemui pada malam konsert minggu pertama GV8 yang diadadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad lalu.

BACA : BACA: Tiada Penyingkiran Konsert Pertama GV8! Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi Manakala Datuk Fazley….

Sekadar info, Shidee dan isterinya, Siti Fairunnisa Aziz berkahwin pada 1 Februari 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Kontroversi membabitkan Shidee berlaku apabila perkahwinannya dengan Siti Fairunnisa yang pada ketika itu berusia 22 dikatakan tidak direstui ibu mentuanya, Jamaliah Hasan.

Isu itu tercetus apabila Shidee pada awalnya dikatakan berkenalan dengan Jamaliah, namun selepas itu berhasrat mengahwini anak wanita itu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar