,
Gegar Vaganza 2021

Netizen Minta Adakan Semula Babak Warung Lagi-Lagi Senario? Ini Jawapan Saiful Apek Bila Tahu Ani Maiyuni Pun Join GV8!

Hanafis Haris
20/11/2021
03:50 MYT

Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Saiful Apek tidak menafikan kemunculannya bersama Yassin dan Ani Maiyuni dalam pertandingan itu seakan membawa penonton mengimbau babak filem Lagi-Lagi Senario.

Namun, Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff enggan kemunculan mereka dibayangi oleh ‘branding’ kumpulan berkenaan.

“Memang kebetulan saya, Yassin dan Ani Maiyuni dalam satu pertandingan. Saya rasa ia satu topik yang bagus untuk orang bersembang, mengimbas kembali babak dalam filem.

“Tapi kita tak mahu la juga dibayangi Senario sebab ni konsert Gegar Vaganza,” katanya.

Menurutnya, dia sudah menjangkakan fokus penonton juga akan lebih tertumpu kepada dia dan Yassin.

“Saya dah tahu dah benda ni kena hadap, ini wave pertama. Wave kedua kena tengok minggu kedua pula, menyanyi lagu di luar genre kami,” katanya.

Sekadar info, Apek, Yassin dan Ani Maiyuni pernah membintangi filem Lagi-Lagi Senario yang ditayangkan pada 2001.

Filem komedi keluarga arahan Aziz M. Osman itu merupakan sekuel kepada dua filem Senario terdahulu iaitu Senario The Movie & Senario Lagi.

Untuk rekod, program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza muncul kembali untuk musim kelapan.

Bakal membuka tirai menerusi tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij Gegar Vaganza lapan (GV8) akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

BACA: Pertempuran Hebat 3 ‘Penjuru’, Ini Senarai 13 Bintang Gegar Vaganza 8!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.