,
Gegar Vaganza 11

GV11: Terbuka Hati Selepas Buat Persembahan Bersama Noryn Aziz, Liza Aziz Akhirnya ‘Say Yes’ Untuk Bertanding - “Saya Rasa Ia Masa Yang Sesuai”

Asyraf Roslan
07/11/2024
03:55 MYT
Penyanyi, Liza Aziz akui mula terbuka hati untuk menyertai program Gegar Vaganza selepas berduet dengan Noryn Aziz di pentas All Stars Gegar Vaganza tahun lalu.
Menurut Liza, dia sudah ditawarkan beberapa kali untuk menyertai program berkenaan namun kekangan masa membuatkan dia tidak boleh menerima tawaran tersebut.
“Boleh dikatakan begitu.
“Selepas persembahan itu membuatkan saya terfikir perlukah saya sertai GV sebab pada ketika itu saya sibuk. Namun saya katakan mengapa tidak untuk saya sertainya dan lihat apa yang bakal berlaku.
“Sebenarnya saya telah ditawarkan banyak kali, tapi semasa itu saya banyak travel untuk menyanyi diluar negara, masanya tidak sesuai.
“Namun kali ini saya rasa ia masa yang sesuai maka saya sertainya,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdul Aziz, turut memberitahu peminat, rakan-rakan dan keluarga banyak memberi dorongan kepadanya untuk memasuki program ini yang sudah masuk edisi kesebelas penganjuranya.
"Ia atas galakan daripada peminat yang minta untuk saya sertai termasuklah kakak dan kawan-kawan saya.
"Semua cakap saya patut sertai tahun ini, saya rasa sebab saya masih aktif menyanyi dan ini adalah satu pertandingan yang sihat, dikritik oleh juri-juri profesional. Jadi bagi saya kenapa tidak.” ujarnya.
Kehadiran Liza Aziz dalam program GV11 dilihat bakal memberi saingan sengit kepada 13 peserta lain antaranya Ning Baizura, Ronnie Hussein, Arrora Salwa, Sheila Abdul dan kumpulan trio dari Indonesia, The Lima.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse. GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar