Gegar Vaganza 11
GV11: Ronnie Hussein Sebak Impian Arwah Ibu Tak Kesampaian Tengok Beraksi Di Pentas GV – “Dia Percaya Yang Saya Boleh Buat & Banggakan Dia”
Penyanyi Ronnie Hussein menyifatkan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 adalah masa terbaik untuknya membuktikan kemampuannya beraksi di pentas nyanyian.
Sedia Bersaing GV11
Menurut Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussein, 43, dia bersyukur apabila menerima bantuan daripada pasukan label rakaman sepanjang GV11 nanti.
“Bila pihak produksi tawar kepada saya, saya fikir banyak kali. Mungkin ini adalah masa terbaik untuk saya. Kita tak tahu ada lagi ke tak GV11 nanti.
“Saya terima tawaran itu juga menerusi pihak Indigital, saya pernah berurusan dengan mereka. Jadi saya rasa saya dah ready sebab ada pasukan yang boleh memudahkan perjalanan saya di GV nanti.
“Saya rasa mereka boleh sesuatu yang best pada saya jadi saya setuju,” ujarnya kepada pemberita.
Sempat Maklum Pada Arwah Ibu
Masih berduka dengan pemergian ibu tercinta pada 26 Oktober lalu, Ronnie memaklumkan dia sempat memberitahu ibunya mengenai keputusannya untuk bertanding di pentas GV11.
“Sempat ketika arwah berada di hospital. Waktu itu dia masih okay.
“Selepas warded hari pertama, saya sempat berseloroh bercerita dengan dia yang saya akan join GV tetapi tidak secara serius sebab dia kurang sihat.
“Saya dah tiada ayah dan ibu, saya ambil semangat dia, dia dah tak ada, nak buktikan yang apa yang dia suruh dan sokong saya selama ini, saya akan teruskan buat sehabis baik,” kongsinya.
Arwah Ibu Tak Kesampaian Tengok Ronnie Beraksi Di GV11
Gagal menahan air mata, Ronnie sebak apabila Allahyarham ibunya tidak sempat untuk menyaksikan persembahannya dalam GV11.
“Dia okay, dia sentiasa menyokong apa yang saya buat dan tahu saya pandai jaga diri. Itu yang saya pernah dengar daripada mulut isteri saya sendiri yang ibu saya berkata demikian.
“Dia percaya yang saya boleh buat, banggakan dia. Sebab itu saya berani juga ambil cabaran ini tetapi tidak kesampaian untuk dia tengok saya di GV.
“Saya harap dia selalu doakan saya, dapat banggakan dia,” kongsinya sebak.
Bintang-bintang ‘GV11’ terdiri daripada Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry, Sheila Abdul, Arrora Salwa, Zehra Zambri, Ning Baizura, serta lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima.
Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Rancangan ini turut membawa kembali duo kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
GV11 bakal bermula pada 24 November ini, setiap Ahad jam 9 malam, bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam di Saluran Astro Ria (104).
Must-Watch Video