Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: “Saya Tak Menangis, Cuma Sebak Sebab…” - Fairuz Selamat
Bintang Gegar Vaganza (GV11), Fairuz Selamat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangannya di minggu kesembilan program berkenaan.
Fairuz sebak
Malah ketika namanya diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi (ALAL), Fairuz kelihatan sedikit sebak.
“Alhamdulillah saya diberikan rezeki untuk terus berjuang di minggu kesembilan: Saya tak nangis okay masa ALAL tu.
“Saya cuma sebak sikit sebab minggu lepas kan saya terbawah. Minggu kelapan nama saya diumum ada lagu lagi. Tu yang saya sebak, bukan sebab umum nombor dua tu tau!
“Insya-Allah saya cuba tampilkan yang lebih lagi untuk lagu Mirai E minggu kesembilan! Saya datang, korang standby tisu nanti ya!” maklumnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Persembahan minggu kelapan tidak mudah
Mengulas mengenai persembahannya yang membawakan lagu berjudul Satu nyanyian asal Allahyarham Tan Sri SM Salin dan Zainal Abidin, Fairuz berkata karya itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk disampaikan.
“”Alhamdulillah selesai minggu kelapan yang bertemakan Kengkawan. Saya beruntung sebab Kak @ningdalton pilihkan lagu Satu nyanyian Tan Sri SM Salim dan Zainal Abidin.
“Memang harapan saya dapat persembahkan lagu tradisional di pentas keramat ini. Lagu Satu paling tepat sebab vibesnya lebih modern dan bertenaga.
“Satu bukan lagu yang mudah. Lagu duet yang agak tinggi, phrasing nya laju dan mood nya hebat. la kedengaran santai dengan lirik nasihat, tetapi agak sukar untuk disampaikan secara solo.
“Tapi saya tak berikan yang main-main. Saya nyanyikan juga mengikut form asalnya. Saya panggil anak-anak Permata Seni Tari sebagai simbolik nasihat kepada generasi muda.
“Saya bukan seorang penari dan kali terakhir menari zaman saya belajar dulu, 18 tahun lepas tapi sekali lagi saya menari (tak kongkang sangat dah kan).
“Alhamdulillah. Saya sangat berpuas hati dengan Satu. Malah boleh kata antara konsert paling saya enjoy sebab saya fikir hanya nak semua orang terhibur sahaja.
“Terima kasih kepada yang memberi sokongan, yang menyanyi dan menari bersama. Yang bersorak dan beri kata semangat. Semua kalian memang Satu!” coretnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11 RECAP: Tok Ram ‘Malas’ Nak Komen Arorra Salwa, The Lima Dapat Gebprek! Semak Komen & Markah Minggu Kelapan
Minggu kelapan GV11 menyaksikan Arrora Salwa menjadi bintang yang tersingkir.
Sementara The Lima pula buat pertama kali berjaya menduduki tangga pertama selepas memperoleh markah sebanyak 74.40 peratus daripada juri tetap menerusi persembahan mereka yang menyanyikan lagu Aku Bukan Untukmu nyanyian asal Datuk Seri Rossa.
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.
GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse namun bermula minggu keenam, pelakon, Sherry Alhadad menggantikan tempat Jihan yang bakal bersalin tidak lama lagi.
GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Rancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Must-Watch Video