Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11 RECAP : Tok Ram Cabar Liza Aziz Nyanyi Acappela, Nai Dinamik Gagal Mara! Semak Markah Penuh Minggu Ketiga
Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 11 (GV11) menyaksikan Bintang GV, Liza Aziz berjaya mempertahankan kedudukannya di tangga pertama.
Dengan tema Ceritera, Liza Aziz berjaya mendapatkan markah sebanyak 73.40 peratus menerusi lagu Ain’t Nobody nyanyian asal Chaka Khan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Nai Dinamik apabila dia diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir setelah tiga minggu beraksi di pentas GV.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu ketiga:
Ning Baizura - Fireworks
“Lagu ini masih sesuai buat kamu, dari awal sampai korus sangat power.
“Interaksi dengan penonton perlu lebih lagi, meskipun diberikan kebebasan perlu hati-hati pilih lagu,” - Hetty Koes Endang.
Zehra Zamri - Mungkir Bahagia
“Jiwa tu tak sampai, awak tak boleh nyanyi macam nyanyi lagu-lagu lain. Sebab R&B ni air lagu dia lain. Hati-hati,” - Datuk Ramli M.S
Illa Sabry - Layar Impian
“Illa lebih relax untuk minggu ini, nyanyian lebih control. Pastikan gunakan badan untuk support suara bagi tarik tinggi. Untuk keseluruhan, persembahan malam ini sangat baik berbanding minggu lepas,” - Datuk Syafinaz Selamat
Dadali Dyrga - Yellow
“Lagu untuk pertandingan aman tapi level untuk kompotisi agak kurang.
“Nyanyi itu perlu yakin, jangan malas. Jangan pernah anggap semua itu simple. Kalau boleh pilih lagu yang lebih mencabar,” - Hetty Koes Endang
Nai Dinamik - Apa Nak Dikata
“Saya agak teknikal problem, sebab tak fair dengan dia.
“Diaorang sangat supportive, masa XPDC nak record lagu ni, Arwah Mael pun tercungap nak nyanyi lagu ni,” - Datuk Ramli M.S
Yazid Lovehunters - Apo Nak Dikato
“Comel la, saya suka dia punya mood, acting dari awal masuk semua ngam”
“Walaupun lagu ni nampak relax, lontaran vokal tak terlalu tinggi tapi sampai. Memang dalam pertandingan kita akan pilih power song tapi persembahan tadi menunjukkan presentation lebih baik dari vokal,” - Datuk Syafinaz Selamat
Reshmonu - Kau Dihatiku
“Lagu ini sangat simple, tapi setiap lagu ada racunnya. Nafas kamu hati-hati. Kamu tidak boleh potong,” - Hetty Koes Endang
Liza Aziz - Ain’t Nobody
“Lagu yang dia bagi itu, nasi ayam je. Nyanyian dia macam air lancar je.
“Saya cabar dia untuk nyanyi Jauh di Sudut Hati tanpa muzik, guna Acapella sahaja, ” - Datuk Ramli M.S
“Pada saya awak nyanyi macam dinner show, terlalu senang untuk you. Next week please jangan lagu-lagu macam ni. You tidur pun boleh nyanyi,” - Datuk Syafinaz Selamat
Ronnie Hussien - Ku Akui
“Pada saya kamu adalah capable singer, kenapa perlu terlalu takut. Kalau you tak boleh buat kita tahu kenapa you takut. Minggu ini lebih baik berbanding dua minggu lalu. Walaupun lebih baik tapi story telling itu perlu tepat.Dalam GV bukan nyanyian sahaja namun keseluruhannya,” - Datuk Syafinaz Selamat
Shiela Abdul - I Have Nothing
“Tempo hati-hati, kalau tak sihat jadi bila nada tinggi agak sukar. Jaga kesihatan.
“Saya bagi point lebih sebab kamu nyanyikan lagu pertandingan,” - Hetty Koes Endang.
“Saya suka dengan you, awak ada potensi cuma kena hati-hati pilih lagu dan fahamkan lagu itu.
Inka Christie - Bintang Kehidupan
“Minggu ini ada kelainan kamu, tapi kena hati-hati. Kamu okay bagi saya,” - Datuk Ramli M.S
Fairuz Selamat - Dia
“Pada saya bila tengok you nyanyi kita tak nampak Fairuz Selamat yang kita selalu tengok.
“Saya suka bagaimana bila awak improvise lagu ni,keseluruhannya saya suka.” - Datuk Syafinaz Selamat.
Arrora Salwa - Setiaku Di Sini
“Menurut saya cukup nekad menyanyikan lagu ini. Tingkat kesulitan lagu ini sunggu sukar.
“Kamu aman,” - Hetty Koes Endang.
The Lima - As Long As You Love Me
“Kelebihan menyanyi dalam satu kumpulan, kamu dapat kreativiti daripada tiga orang.
“Sukar untuk dalam kumpulan adalah untuk memahami melodi dan menari. Tenaganya perlu lebih lagi,” - Datuk Syafinaz Selamat
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:
Untuk minggu keempat, peserta dicabar dengan tema Hore Hore dimana peserta harus menyanyikan lagu yang berentak laju dan mempunyai usur pesta serta boleh dinyanyikan bersama-sama peminat.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Must-Watch Video