Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11 RECAP: Dadali Dyrga Juri Pesan Jangan Lalai! Arrora Salwa Bukan Tak Bagus Tapi…
Konsert minggu kelima Gegar Vaganza (GV11), menyaksikan nama Yazid Lovehunters diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Yazid tersingkir minggu kelima
Menyampaikan lagu berjudul Doa Buat Kekasih duet bersama Ruhil Amani Hussin, namun Yazid nampaknya gagal menambat hati juri untuk mara ke minggu seterusnya.
Sementara itu, Shiela Abdul berjaya mendapat kedudukan pertama untuk minggu ini dengan peratusan markah sebanyak 79.10%.
Berikut merupakan recap dan markah penuh minggu kelima GV11:
#1 Shiela Abdul ft Jaclyn Victor - Ku Bersuara (79.10%)
“Bunda tidak bersandiwra, kerana bunda kalau berdiri itu tidak sebarangan. Netizen sudah pintar tetapi juri adalah nombor satu tidak bisa diganggu gugat. Lagu blues, emosi dapat tapi kalau ditambah dengan groove lagi mantap. Kalau kamu final lagu ini kamu bisa juara. Jangan cepat puas, bunda jujur,” - Hetty Koes Endang
#2 Liza Aziz ft Azlina Aziz - Lady Marmalade (78.70%)
“Suara lagu memang sesuai dengan kamu punya karakter, ingat ini tetap kompetisi bukan hanya suara, body language juga harus diperhatikan. Suara sudah bagus tetapi ditambah body language pasti mantap. Suara memang sudah tidak diragukan, Liza dari bunda beri gebrek. Kalau di final lagu ini pasti kamu juara. Semoga sukses,” - Hetty Koes Endang
#3 Ning Baizura ft Datuk Jamal Abdillah - Kehebatan Cinta (68.80%)
“Saingan terberat awak adalah diri awak sendiri kerana ini adalah pertandingan, awak kena berevolusi. Kelebihan jangan sombong, kekurangan terus berlatih, malam ini amat sukses,” - Hetty Koes Endang
#4 Dadali Dyrga ft Liza Hanim - Biar Menjadi Kenangan (66.80%)
“Kamu banyak buangkan markah, kamu lalai, kamu dapat pasangan yang elok, saya expect lagi bagus. Bila kamu salah saya potong, dia bukan tak elok, kamu boleh menyanyi lebih bagus, tetapi kenapa kamu lalai. Dia tak patut buat salah, boleh buat salah tapi tak boleh banyak,” - Datuk Ramli M.S
#5 The Lima ft Shila Amzah - When You Tell Me That You Love Me (65.00%)
“Pada saya visual sangat cantik, nampak kombinasi cantik, vokal juga menarik, saya dengar harmoni yang cantik dari ketiga-tiga anda, cuma kalau boleh yang paling lemah dalam kumpulan, maaf Bonie awak kena kerja kuat sedikit, yang lain okay, bila nyanyi harmoni awak okay, cuma bahagian solo sahaja,” - Datuk Syafinaz Selamat
#6 Ronnie Hussein ft Haqiem Rusli - Kembali Merindu (63.60%)
“Ada falseto ke? Tapi okay lah tapi meriah, lagu itu memang dah sedap, tapi saya prefer nyanyi yang macam biasa,” - Datuk Ramli M.S
#7 Fairuz Selamat ft Ezad Ladzim - Andai Dapat Ku Undur Masa (62.40%)
“Saya rasa pasangan duet ini sesuai, dan bila menyanyi nampak macam kawan kawan tengah berbincang. Tadi saya nampak satu yang baru saya dengar ada falseto so nice, you always want to show something new yang orang tak jangka dari awak, kalau boleh nanti nyanyi dalam frasa yang lebih smooth iaitu legato. Tapi overal persembahan ini terkawal, tidaklah macam wow tidaklah juga macam meh,” - Datuk Syafinaz Selamat
#8 Zehra Zamri ft Bob Yusoff - Kita Insan Biasa (61.80%)
“Bila kamu menyanyi duet saya rasa Bob bagi guide untuk awak nyanyi better. Walaupun ada teknikal high note, tapi awak punya artikulasi better. Cuma dekat ending melodi jadi lain, jangan diubah banyak. Jadi satu suntikan baru tetapi melodi hilang terutamanya part tukar key. Hari ini nyanyian awak better sebab ada Bob bagi guide,” - Datuk Ramli M.S
#9 Illa Sabry ft Ajai - Keliru (61.20%)
“Not bad, tapi kalau boleh jangan adlib tinggi tinggi sebab bila adlib awak keluar macam tak balik rumah. But it’s not bad, it’s okay,” - Datuk Ramli M.S
#10 Reshmonu ft Amelina - Hati Ini Telah Dilukai (58.50%)
“Saya suka penampilan awak, dia lain berbeza tapi boleh diterima sedap dipandang. Saya suka dialog tadi sebab membawa erti cuma kena hati-hati dengan harmoni dan masalah saya dalam persembahan ini adalah Amelina mendominasi. Mungkin itu yang awak kena fikirkan, mana nak fokus bahagikan part dan sebagainya,” - Datuk Syafinaz Selamat
#11 Arrora Salwa ft Hady Mirza - Ketika Cinta Bertasbih (57.70%)
“Minggu lepas bunda suka, minggu ini lagu sekarang sangat sulit. Dapat pasangan duet seperti Hady Mirza sangat membantu. Kamu berani mencuba, kita menyanyi untuk diri sendiri itu mudah, untuk menyanyi buat juri dan audience susah. Tadi bukan tidak bagus tapi tidak sampai di hati bunda, tak mengapa cuba lagi,” - Hetty Koes Endang
#12 Yazid Lovehunters ft Ruhil Amani - Doa Buat Kekasih (57.60%)
“Suara awak berubah jadi serak bila nyanyi ditangga, untuk saya dia masuk roh Ramli Sarip dua saat lepas itu dia terbang. Saya lebih suka suara awak sendiri lebih natural jadi pada saya tak perlu masukkan roh siapa siapa, ada sedikit laid back, it’s a feel good performance,” - Datuk Syafinaz Selamat
ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Lagu Ku Bersuara Bawa Tuah! Sheila Abdul Di Tangga Pertama, Yazid Lovehunters Pula Tersingkir
Minggu ini Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut dimeriahkan dengan kehadiran Sherry Alhadad sebagai pengacara ketiga.
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.
GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Rancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Must-Watch Video