,
Antarabangsa

Vespa Racing Sixties Menyerlah Gaya Klasik Dan Dunia Perlumbaan Era 1960-an

Erywan
14/07/2020
02:02 MYT
Didi Resources Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia memperkenalkan Vespa edisi Racing Sixties dengan corak serta warna lebih menyerlah.
Edisi Racing Sixties ditawarkan dua model iaitu Vespa GTS Super dan Sprint. Ia adalah siri khas yang diilhamkan melalui estetika paling klasik dan menggoda dalam dunia perlumbaan. Inspirasi untuk siri Racing Sixties berasal dari perlumbaan ‘Gentlemen Riders’ pada 1960-an.
Pilihan gaya yang diterapkan untuk siri khas Vespa Racing Sixties menampilkan keperibadian lagenda sukan yang memiliki kenangan di litar seperti Monaco, Monza Grand Prix dan kejuaraan bersejarah seperti Targa Florio.
Bagi membezakannya, ia tampil dengan rekaan grafik kuning dan merah pada casis hijau dan putih. Sentuhan gaya tambahan hadir dalam bentuk kemasan hitam ‘matte’ bagi perehat kaki, lilitan perumah lampu depan dan belakang, pelindung peredam, cermin pandang sisi dan alas kluster instrumen.
Vespa GTS Super dan Vespa Sprint Racing Sixties turut didatangkan dengan kemasan emas metalik pada rim dan tampak lebih eksklusif dengan rekaan tempat duduk baru dengan PVC serta dijahit seperti kereta sport tahun 1960-an.
Rangkaian kuasanya pula, Vespa Sprint Racing Sixties menggunakan enjin i-Get bersesaran 154.8cc yang menyalurkan 12.7hp pada 7,750rpm dan tork mencecah 12.8Nm pada 6,500rpm. Enjin berkenaan adalah lebih jimat minyak berbanding sebelum ini.
Bagi Vespa GTS Super Racing Sixties, ia dilengkapi enjin baharu iaitu HPE (High Performance Engine) yang mana prestasinya meningkat 12 peratus berbanding sebelumnya. Kini ia menyalurkan 22.7hp pada 8,500rpm dan 26Nm pada 5,500rpm dengan padanan penyejuk cecair. Tangki bahan apinya pula mencecah sehingga 8.5 liter.
Dari segi harganya, Vespa GTS Super Racing Sixties dijual pada harga bermula RM31,400, manakala RM19,100 untuk Vespa Sprint Racing Sixties dan ia dikatakan ditawarkan untuk 200 unit sahaja.
Untuk melengkapkan siri khas Vespa GTS Super dan Vespa Sprint Racing Sixties, rangkaian pakaian dan dua versi helmet diilhamkan dengan rekaan grafik dan skema warna kenderaan turut ditawarkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] “Tak Menunjuk, Selalu Artis Kita Bagi Kereta Mewah Saja” - Humble! Netizen Puji Cara Nelydia Buat Kejutan Romantik Untuk Suami

gempak
17/10/2022
08:55 MYT
Wah Nelydia hadiahkan vespa untuk suami...
drebar

Vespa Sprint S Dengan Papan Pemula TFT, Harga Bermula RM19,900

gempak
23/09/2021
05:05 MYT
Papan pemuka TFT berbentuk permata itu boleh disambungkan dengan peranti pintar menerusi aplikasi Vespa MIA.
Laman Utama

[VIDEO] Sehari Sebelum 'Lockdown', Janna Nick Dapat Hadiah Vespa Merah Daripada Dini?

gempak
02/06/2021
03:20 MYT
Lawa la vespa tu..
drebar

Vespa Lancar Versi Ulang Tahun Ke-75, Guna Warna Popular Ketika Era 1940-an

gempak
10/03/2021
09:14 MYT
Vespa memperkenalkan model edisi istimewa bagi Primavera dan GTS.
drebar

Vespa 946 Louis Vuitton?

gempak
13/01/2021
07:16 MYT
Goldwingfetish.ru yang sebelum ini terkenal dengan mengubahsuai model Honda Goldwing, kini mengubah cita rasa lain dengan melakukan modifikasi Vespa 946.