,
Antarabangsa

Untuk tahun 2021, Alfa Romeo Tambah Varian Stelvio Menerusi Veloce Ti

Erywan
31/12/2020
04:24 MYT
Untuk tahun 2021, Alfa Romeo akan menambah satu varian baharu ke dalam barisan model Stelvio iaitu Veloce Ti. ‘Veloce’ adalah ekspresi kepada kelajuan manakala ‘Ti’ pula adalah akronim yang membawa maksud ‘Turismo Internazionale’.
Menurut pengeluar dari Itali itu, Stelvio Veloce Ti hadir dengan penggayaan yang diinspirasikan oleh varian tertinggi iaitu Stelvio Quadrifoglio. Di luar, SUV baharu ini memakai kit badan yang didatangkan dalam warna yang sama dengan badan. Ia juga mempunyai bampar belakang baharu dengan diffuser yang menjadi perumah kepada sepasang ekzos berbentuk bulat.
Untuk penampilan yang lebih sporty, Alfa Romeo menawarkan pilihan rim 21 inci berwarna hitam yang belum pernah ditawarkan pada mana-mana varian Stelvio setakat ini. Selain rim, tona gelap itu turut dikenakan pada keliling tingkap, cermin sisi dan setiap lencana badan yang ada.
Masuk ke bahagian dalam, anda akan menemui pelapik siling (headliner) berwarna hitam, tempat duduk sport dengan balutan kulit dan Alcantara, pedal penukar gear yang diperbuat daripada aluminium dan kemasan gentian karbon pada papan pemuka dan panel pintu. Turut disertakan secara standard adalah filem cermin gelap.
Kuasa dibekalkan oleh enjin turbo berkapasiti 2.0-liter dengan empat silinder yang menjana 280hp. Ia mematuhi piawaian emisi 6d dan mempunyai silinder yang diperbuat sepenuhnya daripada aluminium serta aci engkol gentian karbon. Kuasa disalurkan oleh transmisi automatik lapan kelajuan menerusi sistem pacuan semua roda Q4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Alha Alfa Tak Suka Jual Drama Tagih Publisiti Untuk Lariskan Perniagaan - "Saya Bukan Sejenis Itu.."

gempak
01/07/2024
11:55 MYT
Seringkali kita melihat beberapa usahawan tempatan menggunakan taktik seperti drama atau gimik bagi meraih publisiti dan perhatian orang ramai.
Hiburan

Hantar 2 Biji Kontena Berisi Ubat, Makanan, Pakaian & Khemah, Alha Alfa Rancang Masuk Rafah – “Ini Merupakan Jihad Kecil Kami”

gempak
10/06/2024
08:25 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa telah berangkat ke Rafah bagi menghantar sebanyak dua biji kontena bekalan kemanusiaan kepada saudara di Palestin yang terkesan dek tindakan zalim rejim Israel.
Laman Utama

Buat U-Turn Main Bola Sepak Semula, Anak David Beckham Tandatangan Kontrak

gempak
20/06/2023
13:46 MYT
Bapa borek anak rintik.
Laman Utama

"Jurusolek Bukan Kerjaya Low Class" - Alha Alfa, MAHSA Rancang Buka Program Diploma Seni Solek & Kecantikan

gempak
11/03/2022
06:50 MYT
Kerjaya jurusolek perlu diangkat ke peringkat lebih tinggi...
drebar

Ini Bukan Biasa-Biasa, Tetapi Edisi Khas Sebagai tanda meraikan pemergian Alfa Romeo 4C Spider

gempak
04/01/2021
02:35 MYT
Alfa Romeo 4C Spider 33 Stradale Tributo ini dikeluarkan sebanyak 33 unit sahaja.