,
Tempatan

Tuner Jerman Perkenalkan Mansory Bentayga MY 2021

Erywan
25/05/2021
02:30 MYT
Satu firma talaan yang kerap membawa kejutan dengan kit badan serta warna luar biasa ialah Mansory. Namun, kali ini sedikit berbeza apabila tuner Jerman itu mencipta kelainan membabitkan model Bentley Bentayga versi dipertingkat.
Imej model itu sudah dikongsi di laman Facebook dan berdasarkan maklumat, kereta mewah itu dinamakan sebagai Mansory Bentayga MY 2021. Kelainan dimaksudkan ialah kenderaan ini hadir dalam tona hitam sepenuhnya dengan sedikit liveri merah pada bahagian belakang dan rim sebesar 23 inci.
Jika diteliti, banyak komponen digunakan diperbuat dari gentian karbon. Antaranya, perumah cermin sisi, lip spoiler depan, aksen sisi kenderaan, penutup enjin, stereng, hiasan papan pemuka dan panel pintu. Ruang kabin menyaksikan lebih banyak warna merah digunakan sebagai warna kontras untuk mengimbangi rona gelap kelabu dan hitam.
Enjin standard Bentley Bentayga ialah 4.0 liter V8 yang mampu mengekstrak kuasa 542hp dengan tork puncak 770Nm. Pakej naik taraf enjin Mansory meningkatkan kuasa kuda kepada 750hp dengan tork mencecah 1,020Nm.
Apa yang dilakukan ialah memasang sistem turbo baharu dan sistem ekzos berprestasi tinggi. Setakat ini, belum ada tanda harga diumumkan.
Sumber: Motor1 / Mansory Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kaya Tak Pakai Kereta Mewah, Michael Ang Kata Propa! Iqbal; "Hormat Saya Budak Suara Pondan Kepit"

gempak
26/10/2021
01:56 MYT
Michael Ang dakwa semuanya palsu dan dibuat-buat?
drebar

Selepas ‘Diperam’ Beberapa Tahun, Akhirnya Lima Bentley Mulsanne Grand Limousines Buka Untuk Dijual

gempak
03/08/2021
03:53 MYT
Ia dibina sebanyak lima unit selepas mendapat tempahan dan semua jentera itu dihantar ke Emiriyah Arab Bersatu.
drebar

Rim Gentian Karbon 22 Inci Khas Untuk Bentley Bentayga

gempak
27/07/2021
08:26 MYT
Rim 22 inci itu dikatakan paling besar dibina menggunakan gentian karbon oleh syarikat itu.
drebar

Bentley Continental GT3 Pikes Peak - Mahu Cipta Rekod Baharu Kelas Time Attack 1

gempak
09/06/2021
07:59 MYT
Continental GT3 Pikes Peak menjana 30 peratus lebih ‘downforce’ sambil mengekalkan keseimbangan bahagian hadapan dan belakang.
drebar

Bentley Hasilkan Continental GT Speed Paling Laju Dalam Sejarah Syarikat

gempak
25/03/2021
05:15 MYT
Kereta dua pintu ini menggunakan enjin 6 liter W12 yang meledakkan kuasa 650hp dan tork maksimum 900Nm.