,
Antarabangsa

Toyota GR Supra Versi Manhart Yang Digelar GR 550, Output Naik 162PS Dan 270Nm

Erywan
17/12/2020
02:17 MYT
Sejak diperkenalkan pada 2019, Toyota GR Supra menjadi kereta sport pilihan utama di kalangan syarikat-syarikat talaan terkenal. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan jentera itu sememangnya mempunyai potensi untuk dijadikan lebih hebat dengan gabungan enjin buatan BMW dan casis Toyota.
Mengambil kesempatan ini, Manhart yang berpengkalan di Wuppertal, Jerman baru-baru ini menayangkan GR Supra versi mereka tersendiri iaitu GR 550. Ia adalah kesinambungan kepada GR 450 yang diperkenalkan enam bulan lalu dan seperti yang dijangka, rekaan terbaru ini tampil dengan kuasa yang lebih tinggi.
Dengan modifikasi yang membabitkan pengecas turbo TTE 685, kit radiator Wagner Tuning serta unit kawalan enjin (ECU) yang ditala semula, Manhart berjaya memerah 550PS dan 770Nm dari enjin B58 3.0-liter enam silinder sebaris itu, mewakili peningkatan sebanyak 162PS dan 270Nm. Turut membantu adalah penggunaan sistem ambilan udara karbon dan sistem ekzos sport dengan penukar pemangkin.
Prestasi GR 550 tidak didedahkan namun melihat kepada jumlah kuasa dan tork tambahan yang diperoleh, ia sudah pasti lebih pantas berbanding versi standard yang mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.1 saat.
Selari dengan kuasa yang semakin tinggi, Manhart turut menambahbaik aspek pengendalian dengan menggunakan gegelung lebih rendah keluaran H&R. Bagaimanapun, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan sistem ‘coilover’ dari KW. Sistem brek yang digunakan pada jentera ini adalah standard namun syarikat itu bersedia untuk memenuhi sebarang permintaan.
Dari segi penampilan, GR 550 mendapat spoiler hadapan AC Schnitzer dan rim Concave One berukuran 20 inci yang dibalut tayar bersaiz 255/30 di hadapan dan 295/25 di belakang. Balutan kuning keemasan yang dipadankan dengan jalur hitam dan merah memberikan kereta sport ini penampilan yang lebih menonjol. Ruang dalaman pula boleh dikustom mengikut cita rasa pelanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pernah Tular Bagi Makan Anjing, Kini Pemuda Ini Berjaya Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota

gempak
27/03/2023
01:41 MYT
Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota
Laman Utama

Kereta Terbabas Masa Race, Nabila Razali Alami Hyperventilation

gempak
23/03/2022
03:55 MYT
Hati-hati okey Bella...
Laman Utama

“Avanza 2022, Bukan Lagi Kereta Ustazah”- Ramai Tak Sabar Toyota Baru Masuk Malaysia?

gempak
17/03/2022
13:37 MYT
Amboi mengancam jugak Avanza baru tu!
drebar

Lebih 2 Juta Penonton Dalam Talian Menyaksikan Pusingan 2 Cabaran Vios di Litar Antarabangsa Sepang

gempak
25/10/2021
06:01 MYT
Perlumbaan kali ini diadakan dalam kedua-dua keadaan basah dan kering sekali gus menjadi persaingan sengit.
drebar

Toyota Land Cruiser 1980 Milik Tom Hanks Untuk Dijual, Harganya Tidak Murah!

gempak
02/08/2021
08:04 MYT
Jentera itu sebenarnya memiliki spesifikasi yang cukup menarik selepas melakukan beberapa ubah suai.