Antarabangsa
Toyota Corolla dan tahi lembu, jijik tetapi ada kelebihannya!
Pemilik kereta lazimnya akan berdepan mencari pelbagai cara untuk mengurangkan suhu panas dalam kereta. Lazimnya, filem membalut semua cermin atau tinted menjadi pilihan utama.
Apatah lagi dengan pihak kementerian pengangkutan yang membenarkan pemilik kenderaan untuk mengurangkan kadar ketelusan cahaya pada tiga cermin utama di belakang.
Berbeza pula dengan Sejalben Shah, seorang pemilik Toyota Corolla di India. Dia ada satu kaedah mesra alam untuk mengurangkan terikan cuaca panas dan menyejukkan kereta sedan itu.
Sejalben menyaluti badan keretanya dengan tahi lembu sebagai kaedah serapan haba yang inovatif. Ya, rumput yang ragut, dihadam dan diproses dalam perut lembu sebelum menjadi sisa buangan.
Pemilik kereta itu dikatakan menetap di kota Ahmedabad, iaitu di barat India dan gambar keretanya berwarna coklat sudah tersebar luas di media sosial baru-baru ini.
Tahukah anda, tahi lembu sudah digunakan secara meluas di kawasan pedalaman India untuk menyejukkan rumah dan kediaman kecil lain ketika musim panas atau kemarau.
Gambar itu dikongsi oleh Rupesh Gauranga Das sambil menyatakan ia adalah 'penggunaan tahi lembu paling baik' yang pernah dilihat selama ini.
Cuaca di Ahmedabad, negeri Gujarat, diramal mencapai suhu setinggi 44C darjah Celsius dalam beberapa hari akan datang. Pada bulan Mei, cuaca di bandar itu mencecah rekod 48 darjah Celsius.
Rekod gelombang haba India adalah 51 darjah Celsius khususnya di bandar-bandar utara negara itu. Beratus-ratus orang mati setiap hari akibat cuaca panas di India, dengan bulan Mei dan Jun yang lazimnya bulan paling panas.
Satu eksperimen pada 2012 mendapati kumbang najis menggunakan tahi lembu untuk menyejukkan kaki (kumbang). Perkara itu ditemui pengkaji Afrika Selatan dan Sweden.
Persoalan sekarang, sanggupkah anda berbuat sedemikan? Apatah lagi apabila cuaca tetiba hujan.
Sumber: Mail Online
Must-Watch Video