,
Antarabangsa

Suzuki Swift Tampil Wajah Lebih Segar Bagi Versi Facelift

Erywan
24/09/2020
04:18 MYT
Berikutan pelancarannya di Jepun pada Mei lalu, Suzuki Swift facelift kini memasuki pasaran United Kingdom dengan penampilan yang lebih segar dan enjin hibrid baharu.
Seperti versi JDM, Swift pasaran UK mendapat gril dan lampu utama yang direka semula serta tiang yang diwarnakan hitam bagi mendapatkan efek bumbung terapung. Lampu LED hadapan dan belakang didatangkan standard pada semua varian.
Masuk ke bahagian dalam, pelanggan akan menemui paparan sentuh berukuran tujuh inci lengkap dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Pelanggan juga boleh mendapatkan kad SD yang menyokong sistem navigasi tiga dimensi.
Di bawah hud, terdapat enjin Dualjet (K12D) 1.2-liter yang digandingkan dengan sistem hibrid 12V dengan Integrated Starter Generator (ISG). Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 83PS dan 107Nm, sekali gus membolehkan hatchback ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 12.2 saat bagi varian CVT.
ISG memberikan kuasa tambahan sebanyak 2.3kW dan 50Nm, serta membantu enjin semasa hendak mula memecut dan menjana tenaga elektrik menerusi pembrekan janaan semula. Kuasa untuk sistem ISG terbabit dibekalkan oleh bateri berkapasiti 10Ah.
Swift boleh didapati dengan sistem pacuan empat roda ALLGRIP AUTO, namun ciri ini hanya ditawarkan pada varian tertinggi iaitu SZ5 dengan transmisi manual. Ia membantu dalam memberikan tahap cengkaman yang lebih tinggi di atas permukaan yang mencabar atau licin dengan menyalurkan lebih tork ke gandar belakang.
Sementara itu, Adaptive Cruise Control (ACC) pula disertakan secara standard pada semua varian. Sistem ini menggunakan radar untuk mengukur jarak dengan kenderaan di hadapan dan seterusnya mengekalkan kelajuan mengikut jarak yang dipilih oleh memandu.
Dipasang di Sagara, Jepun, Suzuki Swift facelift dijual pada harga bermula dari £14,749 (RM78,640) untuk varian asas SZ-L hingga £18,749 (RM99,968) untuk SZ5 ALLGRIP.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Pasukan Suzuki Klasik Kustom Katana Sempena Projek ‘Lockdown’

gempak
08/06/2021
05:32 MYT
Bahagian janakuasa mengetengahkan jiwa lumba sebenar dengan naik taraf lebih segar dari model GSX-R1000.
drebar

Suzuki Swift Sport Lancar Secara Rasmi di Malaysia - Enjin 1.4 Turbo, 140hp, 230Nm, RM139,900

gempak
09/04/2021
11:21 MYT
Boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa lapan saat dengan kelajuan maksimum mencecah 205km/j.
drebar

Thailand Lancar Suzuki Gixxer 250, Malaysia Bila Lagi?

gempak
31/03/2021
03:14 MYT
Berkonsepkan ‘Lifestyle Sport Bike’ yang dikembangkan dari segi rekaan moden, harga Gixxer 250 SF di Thailand ialah Baht 128,800 (RM17,136).
drebar

Suzuki Jepun Lancar Hayabusa (2021) Dengan Pelan Tempahan Warna

gempak
23/03/2021
05:22 MYT
Suzuki menawarkan tempahan warna khas buat pelanggan dengan pilihan kombinasi warna pada rim depan dan belakang mengikut cita rasa pengguna.
drebar

Ini Sebab Kenapa Suzuki Tak Nak Pakai Supercaj Pada Hayabusa

gempak
01/03/2021
02:26 MYT
Hayabusa generasi ketiga menerima pembaharuan menyeluruh, namun masih lagi mengekalkan DNA reka bentuk terdahulu yang menjadi signatur superbike terbabit.