,
Tempatan

Suzuki Malaysia Lancar 6 Motosikal Baharu, Katana Harga Bermula RM77,989

Erywan
26/08/2021
03:27 MYT
Suzuki Malaysia Sdn Bhd akhirnya memeriahkan jenama motosikal itu di negara ini dengan melancarkan enam model baharu untuk pasaran tempatan.
Pengenalan model baharu itu selepas Suzuki Malaysia mengambil alih tugas Suzuki Assemblers Malaysia untuk menjadi pengimport, pengedar dan pemasangan motosikal itu di negara ini.
Untuk makluman, Suzuki Malaysia Sdn Bhd terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park, Shah Alam, Selangor, iaitu sama lokasi dengan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd.
Selain daripada itu, Suzuki Malaysia turut membawakan perubahan besar terhadap rangkaian pengedar dan pusat servis di seluruh negara membabitkan:
Suzuki Big Bike World
Kedai Konsep Eksklusif Suzuki selaku pengedar elit sebagai pusat pameran, perkhidmtan pelanggan dan menjual semua barisan motosikal Suzuki.
Suzuki Station Plus
Pengedar yang terletak di kawasan strategik di seluruh negara dengan membantu pelanggan untuk memilik motosikal sesuai dengan bajet. Ia juga menjual motosikal berseseran melebih 800cc.
Suzuki Station
Jaringan pengedar yang lebih meluas untuk pasaran massa, dan menawarkan barisan motosikal yang lebih mampu milik untuk jentera sehingga 250 cc.
Suzuki Exclusive Service Centre
Pusat servis yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh kepada semua model Suzuki dan dikendalikan oleh juruteknik mahir dan bertauliah dengan mempunyai kelengkapan servis yang lengkap.
Suzuki Service Corner
Sama seperti Suzuki Exclusive Service Centre, Tetapi berskala sedikit kecil. Ia disasarkan untuk menawarkan perkhidmatan yang mudah dicapai oleh kebanyakan pelanggan.
Ini pula senarai motosikal Suzuki baharu yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
1. Suzuki GSX-R1000 - RM99,289
2. Suzuki GSX-R R1000R - RM110,289
3. Suzuki Katana GSX-S 1000s - RM77,989
4. Suzuki GSX-S 750 - RM40,989
5. Suzuki V-Strom 650XT - RM37,989
6. Suzuki SV 650 - RM37,289
Topic Berkaitan
Must-Watch Video