,
Antarabangsa

Spoke & Wheels Platform Pembelian Dalam Talian Baharu Untuk Bikers

Erywan
08/04/2020
02:33 MYT
Sejak kebelakangan ini, pembelian dalam talian menjadi satu era baharu kepada masyarakat Malaysia.
Bagi memudahkan pengguna di di Malaysia terutama yang mahu membeli barangan motosikal, anda boleh cuba satu platform dalam talian baharu ini iaitu ‘Spokes & Wheels’.
Platform ini didatangkan dalam bentuk "Bricks & Clicks" di mana pengguna mempunyai pilihan untuk membeli dalam talian atau berkunjung ke kedai di mana harga tetap sama.
Bagaimanapun, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua barangan yang dibeli akan dihantar kepada pelanggan. Spokes & Wheels’ menyediakan barangan lengkap untuk pemilik motosikal dengan pelbagai jenama serta aksesori.
Jika mahu berkunjung ke Spokes & Wheels, ia terletak di The Gasket Alley terletak di Petaling Jaya atau anda boleh melayari www.spokesandwheels.co.
Beberapa jenama yang boleh didapati membabitkan barangan Vespa, Aprilia, Moto Guzzi, Harley-Davidson, Drags Specialities, Hypergear, KYT, Zeus, HJC, Riders Garage dan Akrapovic.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video