Antarabangsa
Selepas 7 tahun menyepi, Tushek muncul dengan TS 900 H Apex
Namanya pernah muncul suatu ketika dahulu dan ia sebuah firma Slovenia, apa lagi jika bukan Tushek. Pada tahun 2012, mereka muncul dengan model coupe Renovatio T500 yang mampu jana 450hp.
Selepas tujuh tahun menyepi, Tushek membuat kemunculan semula dengan sebuah model yang nampaknya dua kali ganda lebih berkuasa iaitu TS 900 H Apex.
Ia bakal diperkenalkan di Salon Prive di United Kingdom bulan hadapan. Tushek TS 900 memuntahkan kuasa lebih 900hp.
Jentera itu dilaporkan menggunakan enjin jenis 4.2 liter V8 yang dipasang pada bahagian belakang dengan motor elektrik berkembar yang menjana 950hp dengan tork puncak 1,400HNm.
TS 900 H Apex agak ringan berikutan material pada casis dan gentian karbon dengan catatan 1,410 kilogram (kg) iaitu lebih ringan berbanding hibrid Acura NSX (317kg).
Untuk mencapai kelajuan 96 kilometer sejam (km/j), ia memerlukan masa 2.5 saat dan Tushek mendakwa jentera mereka mampu mencapai kelajuan maksimum 380km/j. Melihat pada data itu, ia boleh bersaing dengan Bugatti.
TS 900 menggunakan tayar jenis Pirelli Trofeo Series R (235/35 depan, 305/30 belakang) dengan sistem brek Brembo.
Tiada maklumat didedahkan mengenai harga TS 900 atau bila ia akan dijual.
Must-Watch Video