,
Antarabangsa

PKPB: Cawangan Rasmi Toyota dan Lexus Sudah Beroperasi Hari Ini

Erywan
04/05/2020
04:26 MYT
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan rangkaian cawangan rasmi bagi jualan dan servis Toyota dan Lexus yang terletak di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula beroperasi bermula hari ini.
Pembukaan semula operasi serta premis terbabit ini adalah berdasarkan kelulusan dan tertakluk kepada pematuhan peraturan kerajaan negeri masing-masing.
Untuk itu, pelanggan dinasihatkan supaya memastikan terlebih dahulu waktu dan hari operasi bagi cawangan rasmi jualan dan servis yang berkaitan untuk membuat temujanji.
Pembukaan cawangan jualan dan servis ini selari dengan kelulusan yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta pihak berkuasa tempatan yang terbabit.
Semua cawangan telah menerima garis panduan bagi operasi harian yang wajib dipatuhi, bersekali dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh MITI.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya akan mengikut panduan serta SOP yang digariskan dengan ketat di semua cawangan-cawangan rasmi beroperasi.
"Ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan serta juga pekerja. Diharapkan pelanggan dapat memahami semua keperluan yang diambil ini bagi menjamin kepentingan dan keselamatan umum,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video