,
Antarabangsa

Peugeot 508 PSE - Kereta Produksi Peugeot Paling Berkuasa Setakat Ini

Erywan
29/09/2020
03:58 MYT
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Peugeot sudah agak senyap dalam segmen prestasi dan hanya menumpukan usaha mereka terhadap SUV dan crossover. Namun untuk tidak mengecewakan peminat mereka, jenama dari Perancis itu telah memperkenalkan 508 PSE (Peugeot Sport Engineered).
Ditawarkan dalam versi sedan dan wagon, 508 PSE adalah kereta produksi Peugeot paling berkuasa setakat ini. Ia menampilkan sistem hibrid yang menggabungkan enjin turbo 1.6-liter empat silinder dan dua buah motor elektrik.
Secara individu, enjin terbabit menghasilkan 197hp dan 300Nm, manakala motor elektrik hadapan menjana 109hp dan 320 Nm, dan motor elektrik belakang pula menjana 111hp dan 166Nm. Gandingan ini memberikan 508 PSE kuasa keseluruhan sebanyak 355hp dan 520Nm.
Dilengkapi dengan transmisi automatik lapan kelajuan, kedua-dua versi sedan dan wagon mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 5.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250km/j. Sistem hibridnya mendapat bekalan kuasa daripada bateri lithium ion berkapasiti 11.5kWj yang membolehkan model ini bergerak sejauh 42km pada kelajuan sehingga 135km/j tanpa menggunakan setitik petrol.
Dari segi pengecasan, bateri tersebut mengambil masa selama tujuh jam menerusi soket domestik atau dua jam dengan ‘wall box’ 7kW untuk mencapai tahap kuasa penuh.
508 PSE didatangkan dengan lima mod pemanduan iaitu Electric, Comfort, Hybrid, Sport dan 4WD. Pengendaliannya dimantapkan dengan penggunaan sistem suspensi adaptif yang boleh dikonfigurasikan dalam mod Comfort, Hybrid atau Sport.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan rim aloi berukuran 20 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport 4S. Jarak antara roda kiri dan kanan juga lebih lebar dibandingkan dengan model standard. Tugas membrek pula diserahkan kepada cakera berukuran 380mm yang diapit oleh angkup empat omboh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Peugeot 308 Baharu, Beri Saingan Sengit Kepada Volkswagen Golf, Mazda 3 dan Hyundai i30

gempak
19/03/2021
03:06 MYT
Dibina berasaskan platform EMP2 yang turut digunakan oleh Citroen C5 Aircross dan DS 7 Crossback.
drebar

Peugeot e-Rifter, MPV Elektrik Yang Boleh Pandu Sejauh 275km Satu Cas Penuh

gempak
22/02/2021
01:47 MYT
Dikuasakan oleh sebuah motor elektrik dengan janaan kuasa mencecah 136PS (100kW) dan 260Nm.
drebar

Peugeot 3008 Versi 2020 Banyak Benda Baharu

gempak
03/09/2020
03:10 MYT
Tampil imej yang lebih segar, padat dengan teknologi dan didatangkan dengan banyak pilihan rangkaian kuasa.
drebar

Peugeot 3008 SUV PLUS dan 5008 SUV Plus dilimpahi dengan ciri baharu!

gempak
27/08/2019
11:55 MYT
Setiap SUV itu ditawarkan dengan dua varian iaitu Active dan Allure yang masing-masing dijual bermula RM150,888 serta RM166,888.
drebar

Peugeot tawar dua caravan - Partner Alpin Camper dan Traveller iBox

gempak
26/08/2019
08:36 MYT
Kedua-dua model itu bakal diperkenalkan di Caravan Salon 2019 di Dusseldorf, Jerman pada penghujung bulan ini.