,
Antarabangsa

Pemenang Hot Wheels Legends Tour Malaysia Bakal Diumumkan Khamis Ini

Erywan
09/11/2020
08:58 MYT
Pemenang Hot Wheels Legends Tour Malaysia yang pertama dikelolakan oleh Art of Speed akan diumumkan pada jam 10.30 pagi Khamis ini.
Ia juga akan disiarkan secara langsung di Facebook Hot Wheels (www.facebook.com/HotWheels) dan Malaysia menjadi tuan rumah di Asia yang dipilih sebagai hos acara berkenaan.
Acara Hot Wheels Legends Tour Malaysia itu berlangsung bermula 25 September sehingga 15 Oktober lalu.
Peserta perlu menghantar gambar dan video kenderaan binaan khas mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/ bagi membolehkan hasil reka bentuk mereka dipaparkan di Legends Tour/Lokasi maya dan siaran langsung.
Dalam tempoh itu, seramai 67 penyertaan daripada Malaysia dan juri Legends Tour sudah memilih 12 kenderaan terbaik yang akan disiarkan pada 12 November dan akan dinilai secara langsung. Pada masa sama, pemenang pertama Hot Wheels Legends Tour Malaysia akan diumumkan.
Finalis dari lokasi maya Hot wheels Legends Tour Malaysia akan menyertai semua finalis Tour Legends yang lain di Virtual Global Finale di Los Angeles pada November ini untuk merebut peluang bagi mengabadikan kereta mereka sebagai kenderaan die-cast Hot Wheels yang ikonik.
Hot Wheels Legends Tour 2019 adalah penjelajahan epik yang menyaksikan kehadiran lebih 110,000 peserta. Tahun ini, acara berkenaan akan berlangsung secara digital dan satu daripada lokasi digital diadakan di Malaysia untuk mencari pemenang untuk Hot Wheels Legends Tour (Edisi Global).
Kereta sebenar rekaan khas yang menjuarai pencarian ini akan dihasilkan sebagai model skala 1:64 dan dijual untuk pasaran seluruh dunia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Individu Ini Jual Koleksi Hotwheels Kesayangan Untuk Beli Kit Solat Bagi Kegunaan Surau, Masjid

gempak
02/04/2024
11:55 MYT
Pencipta kandungan Eky Ekmarl Che Det atau lebih dikenali sebagai CEO Rakyat sanggup menjual barangan peribadi dan koleksi mainan seperti Hotwheels kesayangannya untuk berkongsi rezeki dalam Ramadan ini.
drebar

Hot Wheels lancar siri koleksi Japan Historics 3, jangka ada di pasaran tahun hadapan

gempak
27/07/2019
03:28 MYT
Menampilkan lima model membabitkan Nissan Skyline R30, Honda City Turbo II, Mazda Cosmo Sport, Datsun Sunny Truck dan Nissan Silvia generasi pertama.