,
Antarabangsa

Mugen Perkenalkan Jajan Baharu Buat Honda Civic Type R

Erywan
26/06/2020
07:49 MYT
M-TEC Co Ltd (Mugen) menawarkan barisan aksesori baharu buat model Honda Civic Type R yang menggunakan konsep “More R”.
Ia membabitkan tiga produk itu Bonet Aero Karbon, Wing Spoiler Karbon dan Wing Spoiler.
Bonet Aero Karbon itu dibina dengan menggunakan analisis komputer untuk menentukan bentuk dan ukuran serta kedudukan saluran udara.
Ia sangat berkesan untuk mengurangkan haba di ruang enjin dan mencapai prestasi aerodinamik yang lebih tinggi.
Bahagian dalam bonet pula diperkuatkan dengan ‘tulang’ seperti bonet biasa untuk memastikan kekuatan yang mencukupi.
Ia turut menggunakan analisis komputer untuk menentukan spesifikasi tinggi, sudut dan bentuk keratan rentas spoiler berkenaan. Spoiler itu juga mempunyai empat peringkat untuk mengubahnya posisi sayapnya. Ia boleh didapati dengan dua material membabitkan karbon dan gentian kaca.
Harganya pula, anda boleh lihat di bawah. Mahalnya!
Bonet
Spoiler
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gaji RM4,000 Tapi Pakai Honda Harga RM100,000, Pemuda Ini Akui Terbeban Hutang Bulanan

gempak
07/07/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki nampaknya belajar daripada kesilapan gara-gara membeli sebuah kereta jenis Honda Civic berharga RM100,000 hanya kerana mahu meraih perhatian daripada rakan-rakan.
drebar

Comel Dan Garang, Honda N-One Dapat Sentuhan Mugen

gempak
25/11/2020
02:46 MYT
Mugen menambah kemasan reka bentuk dan tidak dapat disahkan sama ada ada peningkatan prestasi N-One.
drebar

[Video] - Peluang lawat ibu pejabat dan kilang Mugen, 1001 pengalaman berharga!

gempak
21/10/2019
16:01 MYT
Mugen Motorsport diasaskan oleh Hirotoshi Honda iaitu anak kepada pengasas Honda Motor Company, Soichiro Honda pada 1973.