,
Antarabangsa

Mitsubishi Xpander Kesan Di Malaysia, Adakah Pelancarannya Tidak Lama Lagi?

Erywan
15/07/2020
03:19 MYT
Ramai yang tertunggu-tunggu model MPV baharu Mitsubishi Xpander bila ia akan dilancarkan bagi pasaran Malaysia.
Gambar yang disiarkan menerusi Facebook Jamaan Abd Rahman ini, menunjukkan seolah-olah ia akan dilancarkan tidak lama lagi bagi pasaran Malaysia, cuma tarikh sebenarnya masih lagi dirahsiakan.
Menerusi gambar itu, MPV berkenaan tidak dilindungi apa-apa pelekat dan ia kelihatan jelas susuk badan Mitsubishi Xpander. Berdasarkan gambar itu juga, ia menerima kit badan facelift yang mana menggunakan jeriji ‘more dynamic’.
Berdasarkan spesfikasi luar negara, kenderaan dengan tujuh tempat duduk itu ditawarkan dengan lima varian membabitkan GLX, GLS, Exceed, Sport dan Ultimate.
Jentera itu menggunakan enjin 1.5 liter yang menyalurkan 104PS pada 6,000rpm dengan tork setinggi 141Nm pada 4,000rpm.
Ia ditawarkan dengan transmisi lima kelajuan manual dan automatik empat kelajuan. Cuma bagi pasaran Malaysia, Drebar menjangka ia mungkin ditawarkan untuk transmisi automatik sahaja.
Harga bagi pasaran Indonesia, ia dijual bermula 215.8 juta rupiah (RM65,504) sehingga 272.1 juta rupiah (RM82,593). Untuk pasaran negara ini, harap anda semua bersabar dan tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Mitsubishi Motors Malaysia nanti.
Pastinya ia akan bersaing dengan beberapa model lain seperti Perodua Aruz, Toyota Rush dan Honda BR-V.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] "Ayah Pernah Kata Kereta Ini Untuk Keselesaan Anaknya" - Balu Arwah Abam

gempak
09/06/2022
10:30 MYT
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menafikan dirinya menjadi punca terhadap hubungan dengan anak keduanya, Zaki Yamani menjadi renggang.
Laman Utama

Kacak, Bergaya, Kuat & Tahan Lasak? Eh Bukan Zaquan Tapi Mitsubishi Triton Athlete Okay! Ini 6 Sebab Mengapa Anda Wajib Cuba

gempak
15/11/2021
05:03 MYT
Hebat bukan? Jadi apa tunggu lagi?
drebar

Mitsubishi Motors Malaysia Tawar Perkhidmatan Terbaharu, Beli Kereta Dalam Talian Boleh Hantar Depan Rumah

gempak
12/10/2021
01:49 MYT
Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah kenderaan Mitsubishi untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya.
drebar

Mitsubishi Triton Catat Sejarah Dengan Jualan Tertinggi Pada September

gempak
07/10/2021
06:36 MYT
Sejumlah 1,521 unit diserahkan kepada pemiliknya.
drebar

Mitsubishi Motors Buka Pusat 3S Baharu Bukit Raja, Klang, Selangor

gempak
20/09/2021
05:21 MYT
Ini juga ada pusat pameran Mitsubishi Motors kedua untuk MN Wheels yang mana bangunan lokasi pertama terletak di Kuala Selangor.