,
Antarabangsa

Mengejutkan, ini tahap penggunaan minyak Bugatti Chiron yang anda perlu tahu

Erywan
25/06/2019
06:20 MYT
Ramai yang sudah mengetahui kehebatan Bugatti Chiron selepas dijanakan enjin W16 berkapasiti 8 liter.
Kuasa yang dibekalkan daripada enjin itu disalurkan ke transmisi klac-berkembar tujuh kelajuan dengan menyalurkan 1,500ps dengan tork setinggi 1,600Nm.
Kehebatannya turut terserlah apabila ia mampu memecut sehingga 450 kilometer sejam (km/j).
Bagaimanapun jentera supercar itu hanya dihasilkan sehingga 500 unit sahaja yang difahamkan dijual pada harga Euro2.4 juta (RM11.38 juta).
Namun ramai yang tidak mengetahui tahap penggunaan bahan api bagi jentera itu dan fakta ini mungkin mengejutkan anda.
Mengikut data sumber rasmi kerajaan bagi maklumat bahan bakar Amerika Syarikat menerusi laman sesawang www.fueleconomy.gov. Ia mengatakan Bugatti Chiron menggunakan 14 galon (52 liter) bagi setiap 100 batu (160 kilometer (km)) untuk pemanduan di lebuh raya. Lebih kurang 3km menggunakan satu liter bahan api.
Bagi tahap penggunaan di kawasan bandar pula, ia mencatatkan 9 galon (34 liter) bagi 160km.
Sementara itu, bagi pemanduan bercampur antara bandar dan lebuh raya pula dengan bacaan purata 11 galon (41 liter) bagi 160km.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Bugatti jadi milik Rimac?

gempak
22/09/2020
07:53 MYT
Rimac, syarikat yang diasaskan Mate Rimac mahu mengambil alih Bugatti daripada Volkswagen Group.
drebar

Luar Biasa! Bugatti Type 59 (1934) Ini Bernilai RM54 Juta

gempak
02/09/2020
07:40 MYT
Ini kerana Type 59 dijana oleh enjin No.5 yang menjadi sebahagian daripada hasil kerja pasukan Grand Prix Bugatti pada musim 1934 hingga 1935.
drebar

Bugatti Centodieci- Simbolik ulang tahun Bugatti ke-110

gempak
21/08/2019
02:56 MYT
Bugatti Centodieci mempunyai bentuk badan yang sama dengan Chiron namun jeriji ‘ladam kuda’ dan lubang ambilan udara ambil daripada inspirasi EB110.
drebar

Ini bukan sebarang Bugatti Chiron

gempak
18/06/2019
07:10 MYT
Ia sudah melalui fasa modifikasi luaran yang agak agresif untuk meningkatkan kekuatan aerodinamik dan dinamakan Mansory Centuria.