,
Antarabangsa

McLaren Sahkan Ada Supercar Hibrid Baharu, Artura

Erywan
16/12/2020
06:48 MYT
Artura, itu adalah nama untuk model supercar hibrid yang akan ditawarkan McLaren tidak lama lagi. Selain mengesahkan namanya, syarikat itu juga menyatakan ini adalah pengeluaran siri pertama model hibrid McLaren.
Sebelum ini, McLaren ada dua kenderaan yang berasaskan teknologi hibrid iaitu McLaren P1 dan Speedtail. Namun, kedua-dua model itu bukan siri pengeluaran massa atau besar-besaran. Pendek kata, edisi terhad.
Artura pula akan memasuki bilik pameran umum seperti model-model 720S dan 570S. Cumanya, ini adalah kereta yang menggunakan rangkaian kuasa Hibrid Prestasi Tinggi (HPH). McLaren mengesahkan syarikatnya sudah mencipta satu enjin baharu V6 dengan pengecas turbo berkembar untuk jentera baharu itu yang menjanjikan prestasi seperti enjin V8.
Talaan enjin V6 itu akan menawarkan respons yang lebih baik semasa enjin menjana kuasa kelajuan rendah. Saiz enjin itu masih belum disahkan, tetapi McLaren melabelnya sebagai V6 'kompak' dan direka untuk dipadankan bersama satu sistem hibrid ringan.
Tetapan rangkaian kuasa elektrik berkuasa itu membolehkan Artura dipandu menggunakan kuasa bateri tanpa petrol untuk suatu jarak yang belum diperincikan lagi. Ini sememangnya tertumpu di kawasan bandar yang ada masalah kesesakan.
Biasanya sistem hibrid ini menambah berat kereta tetapi agak luar biasa apabila McLaren menyatakan Artura pula kisahnya dan mencipta pembaharuan dalam kelas menerusi penggunaan platform baharu. Artura akan dibangunkan menggunakan Arkitektur Karbon Ringan McLaren (MCLA) yang menggantikan susunan reka bentuk MonoCage sedia ada.
Sebahagian besar kereta itu dibina menggunakan material gentian karbon diperkukuh dengan McLaren menyatakan, sistem HPH menjimatkan berat melalui casis, badan dan rangkaian kuasa. Perincian lanjut mengenai Artura akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang dan kereta ini dijangka diperkenalkan pada tahun depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Laman Utama

Terbongkar Opai Bukan Pemilik Nombor Plat McLaren? Fatin Afeefa Kongsi Keadaan Suami Di Hospital - "Kena Pukul Dengan Geng Honda"

gempak
18/06/2023
22:36 MYT
Apa dah jadi dengan suami Fatin Afeefa? Kena Pukul?
drebar

Bekas Jentera F1 McLaren Lewis Hamilton Berjaya Dijual RM27.51 Juta

gempak
23/07/2021
03:53 MYT
Namun, ia bukannya jentera F1 paling mahal yang pernah dijual sebelum ini kerana ada beberapa model lain melepasi tanda harga itu.
drebar

McLaren Luaskan Rangkaian Supercar Hibrid Dengan Perkenalkan Artura

gempak
18/02/2021
08:22 MYT
Jentera ini boleh pandu secara elektrik sejauh 30km dengan kelajuan maksimum mencecah 130km/j.
drebar

Hanya 15 Unit McLaren Sabre Dibina, Hasil Gabungan Model Speedtail dan Senna

gempak
11/01/2021
09:25 MYT
Model ultra eksklusif ini mempunyai enjin 4.0 liter twin-turbo V8 dengan kuasa mencecah 824hp dan 800Nm, membolehkannya memecut sehingga 350km/j.
Unitar