,
Tekno

Maserati Mula Berjinak Dengan Segmen Elektrik Selepas Perkenalkan Ghibli Hybrid

Erywan
17/07/2020
01:23 MYT
Maserati mengumumkan kemasukan mereka ke dalam segmen elektrik dengan pengenalan Ghibli Hybrid yang menampilkan pacuan mild-hybrid.
Sistem terbabit terdiri daripada enjin turbo berkapasiti 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan alternator 48-volt dan bateri yang diletakkan pada bahagian belakang casis. Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 330hp pada 5,750rpm dan 450Nm pada 4,000rpm.
Dengan transmisi automatik lapan kelajuan keluaran ZF yang menggerakkan roda belakang, sedan dari Itali ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 255km/j. Jika dibandingkan dengan versi diesel V6, kadar emisi CO2 dikurangkan sebanyak 25 peratus.
Seperti Mercedes-Benz dan BMW, Maserati menggunakan warna biru sebagai petunjuk kepada pacuan hibrid yang digunakan oleh model ini. Warna itu boleh didapati pada liang udara sisi, angkup brek, logo Trident pada tiang belakang serta pada tempat duduk menerusi jahitan dan logo Trident pada perehat kepala.
Selain itu, Ghibli Hybrid turut mendapat rekaan lampu dan jeriji yang diperbaharui, manakala lampu belakangnya kini dihiasi dengan signatur boomerang yang diinspirasikan oleh 3200 GT dan Alfieri Concept.
Pembaharuan untuk ruang dalaman pula didatangkan dalam bentuk kluster instrument digital sepenuhnya dan skrin berukuran 10.1 inci yang memberikan akses kepada sistem infotaimen Android Automotive.
Menerusi model terbaru ini, Maserati turut memperkenalkan program Maserati Connect yang ditugaskan untuk memantau status kenderaan selain mengemas kini pakej-pakej perisian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Maserati Dedah Model Kedua Hibrid, Kini Giliran Levante

gempak
20/04/2021
03:13 MYT
Maserati Levante Hybrid jana enjin turbo 2.0-liter empat silinder dan sistem hibrid ringkas (mild hybrid) 48 volt.
drebar

Maserati Levante S GranSport Kemasan Dalaman Ermenegildo Zegna Di Malaysia, Hanya 5 Unit Dengan Harga Bermula RM838,800

gempak
02/02/2021
03:31 MYT
Ruangan dalaman itu menggunakan tekstil kulit tenunan bernama PELLETESSUTA .
drebar

Maserati Letak Enjin Lebih Berprestasi Pada Ghibli Dan Quattroporte Trofeo

gempak
14/08/2020
01:48 MYT
Kedua-dua model terbabit dikuasakan enjin turbo berkembar berkapasiti 3.8-liter V8 yang mampu menjana 580hp.
drebar

Maserati Bakal Perkenalkan Enjin Nettuno Yang Guna Teknologi F1

gempak
02/07/2020
07:13 MYT
Menyalurkan output 621hp pada 7,500rpm serta tork setinggi 730Nm bermula 3,000rpm.