,
Tempatan

Maserati Levante S GranSport Kemasan Dalaman Ermenegildo Zegna Di Malaysia, Hanya 5 Unit Dengan Harga Bermula RM838,800

Erywan
02/02/2021
03:31 MYT
Naza Italia-Maserati membawa masuk lima model edisi istimewa Levante S GranSport SUV bercirikan ruangan dalaman Ermenegildo Zegna yang menggunakan tekstil kulit tenunan bernama PELLETESSUTA .
Kerjasama antara dua jenama Itali yang ikonik itu bukanlah sesuatu yang baru memandangkan minat mereka dalam seni pertukangan tradisional dan juga idea reka bentuk yang inovatif.
Dilahirkan oleh tradisi Itali lama dan teknologi inovatif masa kini, PELLETESSUTA adalah hasil kajian bertahun-tahun, yang mengembangkan penggunaan jalur kulit nipis Nappa untuk menggantikan benang kain konvensional, sambil mengikuti kaedah tenunan tradisional untuk membuat ultra fabrik mewah yang ringan, lembut dan tahan lama.
Edisi istimewa Levante S GranSport itu menampilkan warna luaran tri-coat bronzo eksklusif, selain dalaman dengan hiasan PELLETESSUTA hitam dengan hiasan kayu Radica yang tertera perkataan "Ermenegildo Zegna PELLETESSUTA”.
Pelanggan juga boleh memilih warna luaran tri-coat Blue Nobile sebagai alternatif dan pada masa sama jentera itu turut dilengkapi dengan kaliper brek hitam dengan rim 21 inci Helios.
Rangkaian kuasanya pula, ia menggunakan enjin V6 turbo berkembar dengan menyalurkan 430hp yang direka oleh Maserati dan dipasang di kilang Ferrari di Maranello, Itali.
Bagi kuasa hentian dipadankan dengan sistem brek Brembo enam omboh, selain dilengkapi Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS).
Harganya pula, ia dijual pada RM838,800 (termasuk cukai dan duti) dan didatangkan tempoh jaminan tiga tahun tanpa jarak had perbatuan. Bagi memberi ketenangan kepada pemiliknya, ia ditawarkan dengan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000km.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Maserati Dedah Model Kedua Hibrid, Kini Giliran Levante

gempak
20/04/2021
03:13 MYT
Maserati Levante Hybrid jana enjin turbo 2.0-liter empat silinder dan sistem hibrid ringkas (mild hybrid) 48 volt.
drebar

Maserati Letak Enjin Lebih Berprestasi Pada Ghibli Dan Quattroporte Trofeo

gempak
14/08/2020
01:48 MYT
Kedua-dua model terbabit dikuasakan enjin turbo berkembar berkapasiti 3.8-liter V8 yang mampu menjana 580hp.
drebar

Maserati Mula Berjinak Dengan Segmen Elektrik Selepas Perkenalkan Ghibli Hybrid

gempak
17/07/2020
01:23 MYT
Ia hasil gabungan dengan enjin turbo 2.0 liter yang dipadankan alternator 48-Volt dan bateri.
drebar

Maserati Bakal Perkenalkan Enjin Nettuno Yang Guna Teknologi F1

gempak
02/07/2020
07:13 MYT
Menyalurkan output 621hp pada 7,500rpm serta tork setinggi 730Nm bermula 3,000rpm.